PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperoleh perintah penangguhan terhadap perintah pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.
Berikutan keputusan itu, SPR tidak akan mengeluarkan writ pilihan raya kecil Kota Siputeh hari ini.
Ini bermakna, pilihan raya kecil Kota Siputeh tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat ini berikutan mahkamah terlebih dahulu akan mendengar rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi DUN tersebut kosong serta beliau bukan lagi wakil rakyat BN yang sah di kawasan itu.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Sulong Mat Jeraie memutuskan wujud keadaan istimewa/luar biasa untuk menangguhkan perlaksanaan tersebut.
Turut bersidang Hakim Datuk Abd Aziz Abdul Rahim dan Datuk Kang Hwee Gee.
Mahkamah bersetuju dengan pendapat Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said sekiranya penangguhan itu ditolak, SPR harus mengadakan pilihan raya yang mana ia akan melibatkan perbelanjaan tinggi.
Kamaluddin berkata, berlaku pembaziran dana rakyat sekiranya diadakan pilihan raya tersebut kerana ia melibatkan tuntutan kewangan bukan sahaja kepada SPR tetapi juga melibatkan polis dan agensi kerajaan lain.
MAKA NAK DRAMA NAK LENGAHKAN - LENGAHKAN MASA PUN BERMAIN DI PENTAS.JAGA UNITED MUNKEE TEGAH COUNT DOWN TIME TUH.BILA MASA HABIS MAKA DIORANG PUN BERSORAK LAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan