Isnin, 2 November 2009

Menteri Bangang buat statement


KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bahasa Malaysia perlu dipopularkan sebaik mungkin oleh semua pihak termasuk sektor swasta selaras dengan identiti gagasan 1Malaysia.

Katanya, pendekatan itu perlu dilaksanakan agar identiti gagasan 1Malaysia dapat dijelmakan dengan mudah.

“Kalau 1Malaysia bercampur aduk penyampaiannya, ia akan dipertikaikan tetapi kalau satu bahasa satu gagasan, lebih mudah kita capai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Kompleks Kraf di sini, semalam.

Sementara itu, ketika berucap Dr Rais berkata, 1Malaysia akan menjadi jalinan untuk menyatukan semangat kekitaan di kalangan anggota serta ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.

“Sebagai satu keluarga besar, kita mempunyai cabaran yang lebih berat, jadi kita mesti mempunyai rasa kekitaan di dalam jabatan.

“Sebagai anggota kementerian, tentu sekali kita boleh menyumbangkan sesuatu untuk membina negara bangsa seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang produktif,” katanya.

HALAMAK TOK...SEBELUM CAKAP BAHASA MALAYSIA...KE...BAHASA MELAYU KE...BAHASA URDU KE KAMI NAK TANYA SATU NEH...PPSMI APA CERITA? KEJAP 2012...KEJAP 2017...KEJAP 2011, KELENTONG SANA...KELENTONG SINI LAGI BAIK TAK YAH CAKAP......CAKAP JE LA NAK BODOHKAN MELAYU SENANG ! KAH...KAH..KAH..KAH.....

1 ulasan:

MK IV berkata...

Kepada penyokong Hasan Ali di Selangor, kamu semua tak perlulah meletakan harapan yang tinggi menggunung yang Hasan Ali akan di maafkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, keputusan untuk memecat Hasan Ali telah pun dibuat tetapi secara rasminya akan diberitahu kepada rakyat selepas sahaja Jawatankuasa itu bersidang, kompom Hasan Ali akan di singkirkan itu maklumat dari bilik kebal PAS Pusat, tak tau la pulak kalau Tuan Ibrahim terbaca tulisan det ni dia akan ubah keputusan nanti.

http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/11/gugur-talak-3-sekiranya-lompat-parti.html