Ahad, 1 November 2009

Penangkapan bekas Mufti bagai ada Helah yang tersembunyi

[12145_1074559243440_1809976899_162026_4081707_n.jpg]


HULU KELANG - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tuduhan cuba menyebarkan fahaman Wahabi ketika menyampaikan ceramah agama di rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay di sini, malam tadi.

Menurut sumber, pegawai Jais terlebih dulu menyamar dan menyelinap masuk ke dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan maklumat kira-kira jam 9 malam.

Sekitar jam 12 tengah malam, pihak Jais dengan bantuan sepasukan polis bertindak menahan Asri.


Sejurus penahanan itu berlaku sedikit kekecohan apabila orang ramai yang hadir pada ceramah berkenaan mempertikaikan tindakan Jais yang tidak mengemukakan waran dan mengganggu ceramah agama berkenaan.


Sinar Harian difahamkan ceramah agama itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Asri dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, dipercayai untuk diambil keterangan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, Asri masih ditahan di balai polis berkenaan.



Apa yang mengelirukan Di sini ada laporan akhbar mengatakan bekas mufti itu menyebarkan fahaman Wahabi, ada pulak laporan yang mengatakan Ceramah agama itu tak bertauliah? persoalannya apa Tauliah yang nak perlukan dalam sesuatu ceramah agama sedangkan di kampung - kampung Ceramah agama yang di sampaikan oleh golongan Tabligh juga tak memerlukan tauliah dari mana - mana pejabat agama pun kecuali lah kalau ceramah itu menjurus ke arah "ajaran sesat"......

Apa kah yang di maksudkan dengan fahaman Wahabi?

Wahabi merupakan satu fahaman / aliran yang diamalkan oleh Ulama - Ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul


Wahab . Syeikh fahaman ini dikukuhkan oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi sejak 1924. Dinasti Al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924.Beliau melantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga Wahhabi atai Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
-Golongan Wahabi lebih suka menyebut mereka Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
-Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah.Dalam hukum Feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taimiah. Fahaman Wahabi dianggap sebagai penerusan fahaman Ibn Taimiah , bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi,Kuwait,Qatar,Somilia,Algeria,Palestin,Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.
Pengasas -Muhammad bin Abdul Wahhab (1701-1793m) lahir di kampung Ainiyah,Najd, Arab Saudi.Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku berliau bertajuk 'Kitab alTawhid'.
Beliau adalah sufi,ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab.Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.
Beliau belajar agama dari Syeikh MUhamad Sulaiman Al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan blik semula ke kampung Ainiyah , Najd Arab Saudi.
Semasa di Madinah , beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke kampung Ainiyah , Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma'mar membantunya, tetapi setelah mendengar fatwa-fatwan ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri'yah dan mendapat bantuan Raja Muhamad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat . Beberapa delagasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi . Ajaran mereka ditolak,malah sebahagiannya dibunuh.Sejak itu terjadi permusuhan kaum Wahabi diNajd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab menfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menzairahi makam nabi , berdosa mengadap makam nabi. Syarif - syarif Mekah terus diperangi.
Kaum Wahabi dua kali menguasai HIjaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924-kini.
Perubahan yang mereka lakukan ialah:
-Meruntuhkan kubah/bangunan di atas kubur Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924
-Meruntuhkan kubah/bangunan tempat maulud Nabi diSugal=Lail di Mekah .Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
-Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
-Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj.Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
-Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
-Melarang membaca qasidah.
-Melarang melagu lagukan al Quran
-Melarang membaca Selawat Nabi, memuji muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
-Melarang mengaji sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam, Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi , tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

tapi apa perlu Dr.Mohd Asri nak mengajar Faham Wahabi sedang ceramah itu di hadiri oleh pemimpin - pemimpin PAS dan keADILan? terdapat benyak lagi kekeliruan antaranya Sinar harian melaporkan ceramah itu di hadiri 100 orang sahaja tetapi Media Tukang Canang mengatakan ceramah itu dihadiri oleh 300 orang....

yang mana satu ni? Wahabi atau Tauliah... 300 atau 100,

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.
Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih.

"Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Nampaknya Algojo lah menjadi dalang dalam serbuan ini semata - mata takut Dr. asri akan menyertai PKR atau PAS.

Tiada ulasan: