Khamis, 26 November 2009

Wak Din Bikin kelentong di pagi raya



Hari ini dan semalam Wak Din telah meng'kelentong lagi rakyat satu malaysia dan mempertahankan fungsi BTN,kelentong Wak Din lagi katanya kursus BTN tak bermotifkan doktrin politik tapi yang pelik kisah - kisah 13 mei yang di mainkan dengan penuh sentimen perkauman tak nak pulak di ulas dek orang tua nie..


Wak Din bercakap seolah - olah menafikan segala pengakuan Dato Seri Mohamad Rahmat di dalam bukunya AKHIR SEBUAH IMPIAN yang mengakui segala peranan yang di mainkan oleh badan - badan kerajaan macam Finas dan BTN semata - mata untuk melancarkan propaganda terhadap parti opposisi di negara ini.

Kelentong Wak Din yang seterusnya ialah mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor telah memberi gambaran yang salah.Kesian betul dengan Wak Din pada hal peserta - peserta kursus termasuk saya sendiri menyaksikan segala "Brain Wash" yang dilakukan oleh BTN.Para - para peserta kursus telah di basuh otaknya supaya membenci orang bukan melayu.Antara pertuduhan-pertuduhan kejam yang dibacakan semasa program BTN termasuk:

•Kalau ular dengan India depan mata, ketuk India dulu.

• Melayu bukannya perkauman tetapi bangsa lain yang perkauman terhadap kita.

• Bangsa Malaysia tidak wujud, begitu juga Cina dan India Malaysia, hanya Melayu, Cina dan India.

Bahasa Malaysia tidak wujud,yang wujud hanya Bahasa Melayu.

•Tidak ada salahnya menghunus Keris.

Lagu - lagu syahdu 13 mei di kumandangkan setiap kali kursus di jalankan di BTN dan para peserta kursus di "brain wash" agar tidak menyokong parti opposisi atas alasan akan merosakkan negara.Kisah - kisah tragedi memali di putar - belitkan sedemikian rupa demi untuk membebalkan kepala anak - anak melayu.



Tapi kalau korang nak tau kelentong paling jelas yang telah di kelentongkan dek Wak Din ialah kursus BTN membawa konsep 1 malaysia,sah memang Wak Din dah kelentong rakyat 1 malaysia sebab konsep 1 malaysia baru saja di lancarkan oleh Mat Monggol beberapa bulan yang lalu,BTN dah ada sejak sekian lama bila lak masanya BTN letak konsep 1 malaysia? pelik bin kelentong Wak Din neh.

Tahu kah anda semua tatkala anda keluar sahaja dari kursus di BTN satu semangat untuk menumpahkan darah orang bukan melayu telah terserap,sentimen perkauman dalam diri sudah membara.Kebencian di semai ibarat api yang menyala.Ini kerana BTN di gunakan oleh geng - geng United MuNkeE untuk menyebarkan fahaman perkauman.Dalam BTN di dakyahkan bahawa orang cina adalah musuh orang melayu,begitu juga dengan orang cina.

BTN juga mendakyah kan perserta - peserta bahawa mereka mendakwa yang kekayaan negara kita di rampas oleh orang cina.Tapi BTN takkan bagitau yang Mahafiraun dah "keep burn" 100 bilion duit rakyat.BTN akan kelentong perserta kursus yang Mat Monggol tak pernah rembat komisen kapal selam.BTN pun akan nafikan tentang kes altantuya,kes jual harta negara pada orang asing dan kisah pengusiran orang melayu kampung berembang,chubadak dan rimba jaya.
Begitulah ada BTN sebagai alat pem"bebal kepala otak orang melayu.

Itu pun Wak Din Masih nak kelentong lagi seluruh rakyat satu malaysia,tapi macam biasa la tu Wak Din kalau dan berak tengah jalan beruk afrika pun takkan mengaku.Kalau hal ini tak betul tak ada orang bercakap,bak kata pepatah kalau tak ada MuNkeE takkan pokok bergoyang.

Sudah lah Wak Din kau dengan Puad Zakarshi pun sama lah,kalau dalam surat khabar berani lah bercakap tapi kalau kat dalam dewan rakyat tergagap - gagap macam kucing tertelan tulang ikan.Pagi - pagi raya lagi Wak Din dah bikin kelentong sana - sini,ya memang Menteri Besar tak ada kuasa nak halang kakitangan awam persekutuan dan swasta untuk hadiri kursus BTN tapi Menteri Besar punya kuasa untuk melarang kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan GLC kerajaan negeri selangor bodoh!!!!



lagi nak cakap putar belit sana - sini woitt!!! Wak Din kalau lemak dah melilit kat kepala tu lagi baik buat pembedahan buang lemak dan daging yang melilit kat kepala,bila dah banyak sangat lemak kat kepala tu yang jadi bangang tuh.Woitt...Wak Din potong semua daging dan lemak biar jadi macam Mr. Freddie Krueger lagi baik,kurang lemak kat kepala baru senang nak berfikir takde lah kepala otak tu jadi bangang sangat.

Kalau Wak Din Nak terus kelengkan rakyat 1 malaysia ni dengan kursus BTN buat lah! kitorang dah tahu ini semua propaganda geng United MuNkeE.

Tiada ulasan: