Sabtu, 5 Disember 2009

500 ahli UMNO Rantau Panjang keluar Parti


Krisis UMNO Rantau Panjang kini sampai ke kemuncak apabila ramai pemimpin di peringkat cawangan mengancam mahu keluar parti.

Kesemua 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) yang dipecat Ketua UMNO Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak meninggalkan parti.

Difahamkan kira-kira 500 penyokong UMNO dijangka keluar Parti dari Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku, kemudian dikuti 35 cawangan lagi di seluruh bahagian Rantau Panjang.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan kedudukan Abdullah selaku ketua bahagian kerana dikatakan tidak dipilih melalui mesyuarat agung perwakilan bahagian.

“Begitu juga pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita diragui kesahihah jawatan masing-masing kerana penggantungan bekas ketua bahagian, Mohd Zin Ismail dibuat mendadak ketika tempoh pencalonan peringkat bahagian tamat.
Woit...kapal lanun dah nak karam baik belah cepat sebelum melingkup,doa tok guru kasi pecah perut,doa keluar parti kasi melingkup kah..kah..kah


Tiada ulasan: