Isnin, 7 Disember 2009

BTN : Akhirnya Alat kelentong Melayu itu terbarai jua

[nazri+aziz.jpg]



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan mengekalkan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) oleh Tun Madey sebagai sudah ketinggalan zaman.

:Katanya, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin negara itu menekankan tentang silibus lama BTN yang hanya menjurus kepada satu bangsa sahaja.

“Yang ini jangan kita nafikan kerana kalau kita ingin mengatakan bahawa kursus ini tidak perkauman, saya berasa agak sukar untuk kita menafikan kerana banyak bekas-bekas Pengarah BTN ini sekarang duduk dalam pakatan pembangkang, misalnya Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Johari Abdul yang kini Ahli Parlimen Sungai Petani dan Saifudin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang.


“Bagaimana kita ingin menafikan walhal mereka ini dahulunya adalah orang yang terlibat secara langsung dalam BTN termasuklah bapa mentua Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Nak kelentong pun tak dapat kelentong lagi pasal segala kelentong dah pecah berderai,bau busuk alat kelentong melayu BTN dah terbau ke sana - sini. Bukan takat diorang jerr...


Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti UMNO.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Ini BTN tak payah nak kelentong sana - sini macam GPMS yang tak sedar diri. yang peliknya dalam kes BTN nie

mat mongol zzzzzz saja.
langsung tak buka mulut.
menantu zzzzz pun tak cakap apa.
tidooo dengan pak mentua ke?
mana dia orang ini semua pergi.
pergi naik kapal anak raja saudi ke?
nak jumpa kotak lagi sekali ke kah kah kah

Yang bersuara cuma Mat Nazri.




:Mohamed Nazri berkata, beliau pernah menerima aduan yang mengatakan bahawa silibus kursus BTN bukannya menyatukan rakyat tetapi memecah-belahnya.

:“Sindrom menafikan sudah lama tiada dan saya setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib al -monggoli yang memperkenalkan 1Malaysia. Kursus BTN mesti membawa kepada penyatuan semua kaum di negara ini,” katanya. Walaupun slogan 1 malaysia dah terbarai sebelum 31 ogos hari tu...

Jika ada sesiapa yang pada penghematan saya bercakap benar, tidak kira sama ada dia orang BN, PR atau bukan orang mana-mana parti politik; saya akan tetap menyokong pandangan benar mereka. Dan hari ini giliran kita untuk menyokong Datuk Seri Nazri Aziz pula. Ini kerana menyokong Nazri bukan kerana dia menggelar mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis giler (terjemahan saya untuk ayat asalnya "bloody racist”) kerana kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan program Biro Tata Negara (BTN), tetapi keseluruhan kritikan Nazri terhadap Dr Mahathir, BTN dan Utusan Malaysia yang di lihat nampak banyak yang benar dan tepat.



Antara kenyataan menarik Nazri yang menyeronok kan ialah:

- Kenyataan tentang Dr Mahathir: “Anda tetap seorang rakyat Malaysia sama ada anda menteri atau tidak. Jika kerana kamu tidak lagi jadi Perdana Menteri, (dan) kamu mahu semua orang menyokong kamu...(lalu) kamu hanya bercakap tentang Melayu, justru saya tidak boleh menerima komennya. Bila kamu baca blognya, memang dia rasis giler (bloody racist)".

[mahafootinmouthyb6.jpg]


- Kenyataan tentang Utusan Malaysia dan program BTN: "Semua orang tahu apa di dalam silabus BTN, jadi mengapa kita menyatakan ia tidak berlaku? Kamu (Utusan Melalok) mahu berbohong (tentang BTN)? Kamu (Utusan Melalok) membuatkan rakyat ketawa. Mereka ingat Malaysia cuma kepunyaan Melayu dan kerajaan cuma kerajaan orang Melayu? Adakah cuma orang Melayu yang perlu bersemangat patriotik, kaum lain tidak perlu bersemangat patriotik terhadap negara ini? (Bercakap) guna otaklah. Jika mereka (Utusan Melalok) tidak tahu apa sebenarnya, ia berbeza, tapi orang-orang (yang menentang BTN) ini pernah terlibat dalam BTN sebelum ini. Mereka adalah fasilitator dan pengarah dan mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku (di BTN). Marilah, tolong faham, ini bukan tahun 1961 atau 1970an, maklumat mudah diperolehi. Saya mahu mereka (Utusan Melalok) menghentikan sindrom nafi - menafikan...."



Ini di kira serangan hebat Nazri terhadap Dr Mahathir dan Utusan Malaysia ini antara yang paling pedas pernah Kita dengar dari mulut seorang menteri UMNO. Hari ini boleh di katakan kita sokong Nazri kerana sekurang-kurangnya dia masih berani membuktikan bahawa masih ada saki baki pemimpin UMNO yang ada 'teloq' pada waktu-waktu tertentu Bila esok lusa, 'teloq'nya mungkin luruh disepak Mat Monggol, meh kita Tendang Nazri balik!

Dan buat seketika, saya tidak ingin memikirkan kemungkinan kenyataan Nazri yang terkenal dengan sikap kaki bodeknya itu ada agenda tersembunyi lain...


wallah hu alam bisawab.....

1 ulasan:

checkmate berkata...

lee...anwar di sg.buloh 13 disember..kau dtg x?.. kalau ko dtg bgtau aku...kita pi minum teh