Khamis, 24 Disember 2009

Kisah menggelabah di hujung tahun

top_criminals-1.jpg image by justice_fighter


Satu Malaysia dah tahu apa yang diceritakan ini adalah perkara serius tapi kelentong yang sepatutnya telah lama di selindung hari ini terbongkar. Sehari dua ini ia mencetus-kan kontroversi, dan menjadi tajuk utama media cabuk BN dan Media Sofitikated Pakatan. Tetapi kita boleh melihatnya sebagai kelentong kelakar yang amat terdesak bila dah kantoi . Susah hendak diterima akal yang waras bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Betul-betul macam dalam cerita kartun.

[jet.jpg]


Dua unit enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang dari Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi, pada tahun 2007. Nilai setiap enjin itu dianggarkan RM50 juta. Ertinya tentera udara kita kehilangan barang bernilai RM100 juta.

Tan Sri Abdul Gani Patail semalam memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi mengkelentong kes itu kerana mangkuk ni percaya enjin yang di laporkan semalam hanya satu saja yang hilang hari ni jadi dua adalah angkara boss nya sendiri iaitu Mat Monggol,ini kerana pada ketika enjin pesawat pejuang ni hilang pada ketika itu mat monggol memegang jawatan sebagai Menteri pertahanan dan Timbalan PM.

Kata MuNkeEeFuLL ni kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E disifatkan sebagai 'perkara serius' pada hal dia pun tahu siapa yang yang merembat enjin tersebut dan jual pada negara - negara komunis.

Lagipun macam rakyat 1 malaysia ni bangang sangat ,kerja MuNkeEe ni sebagai peguam dan tugasnya membela kerajaan, kalau mat monggol yang dah rembat dah tentu mela'on ni yang akan 'backing'


Boleh diterima akal sekiranya yang hilang ialah jam tangan, telefon bimbit, komputer riba, atau barang-barang mewah lain milik mama penguin tapi Sebab benda-benda ini kecil, ringan dan mudah di 'rembat' , di bawah ketiak, atau disorokkan dalam 'tali coli' atau dalam 'spender' badak hippo. Kehilangan benda-benda ini selalu kita dengar, tidak sedikit pun menghairankan sebab berapa sen pun harganya.

Laporan yang tersiar minggu lepas tentang kehilangan dua enjin pesawat pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) itu mendorong pihak berkuasa menjalankan penyiasatan mengenainya tapi kalau dah tahu siapa yang rembat buat apa nak siasat,enjin tu pun dah kena jual duit nya pun dah lebur bagi mama penguin shopping kat 'harrods'

Menurut kelentong MuNkeEe - MuNkeEe pihak tentera telah menjalankan siasatan sendiri berhubung kes itu sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis lebih setahun selepas kehilangan enjin berkenaan....Woitt!!! dah setahun hilang baru nak buat laporan polis?? lagi nak kelentong!!! itu semua pasal nak tunggu mat monggol lepas kan jawatan menteri pertahanan baru lah buat laporan polis kalau tak nanti memang terjerat mat monggol jawabnya.

Lagi satu kelentong MuNkeEe - MuNkeEe ni yang mengatakan Kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat,macam mana nak percaya ! sekejap kata dah setahun hilang baru nak buat laporan polis sekejap kata 6 bulan lepas baru nak rujuk ke pejabat peguam negara,persoalannya kenapa baru hari ini nak citerr??? sekejap kata setahun lepas sekejap kata 6 bulan lepas???

semalam kata satu hilang,hari ni kata dua esok??? lusa??? tulat??? palat??? diorang nak kata berapa pulak yang hilang??? satu Kontena?? satu kapal?

Kelentonglah...kelentong kaw - kaw sekarang dah kantoi baru padan muka dan tak tahu mana nak lari, satu enjin harganya 50 juta, 2 enjin 100 juta,kurang 100 juta dari pakej rangsangan fiskal mat monggol.

dalam riuh dalam keributan kehilangan enjin pesawat pejuang yang mana harganya boleh menanggung makan satu keluarga besar selama 7 keturunan kita di kejut kan pula dengan satu lagi kes jenayah kanak - kanak mirip akan kes Nurin Jazlin yang pasti menggemparkan polis - polis,SB - SB dan skuad - skuad PGA yang selama ini sibuk sangat nak tangkap aktivis politik tetapi mengabaikan tanggungjawab untuk membanteras jenayah maka natijahnya kini jenayah terhadap kanak - kanak menghantui polis - polis kita dan geng - gengnya.

mayat seorang kanak-kanak misteri ditemui terapung dalam sebuah kolam tadahan banjir jam 11.30 pagi kelmarin, menunjukkan mangsa turut mempunyai tanda diserang secara seksual ini di jadikan 'pelapik cerita' untuk mengaburi kes kehilangan enjin pesawat F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner, Zakaria Pagan, juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh individu dikenalinya dan mungkin ahli keluarga sendiri.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Zakaria bagaimanapun, enggan memberi keterangan lanjut dan meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan dan menunggu laporan penuh hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa.

Katanya, bedah siasat awal bagaimanapun, mengesahkan mangsa mati akibat jerutan kuat di leher menggunakan sehelai tuala kecil yang masih terikat kuat di leher mangsa ketika mayatnya ditemui tersangkut pada perangkap sampah di Kolam tadahan banjir, di Kampung Boyan, Jalan Gurney, Jalan Semarak.

Jerutan kuat pada leher menyebabkan mangsa mengalami lebam di leher serta kedua-dua lututnya melecet dipercayai akibat diseret untuk dibuang dalam kolam terbabit.

Ketika dijerut dipercayai kanak-kanak terbabit cuba melawan tapi gagal.

“Beri kami peluang menunggu hasil laporan penuh terhadap sampel tertentu dijalankan Jabatan Kimia dan Patalogi sebelum mengeluarkan laporan penuh sama ada mangsa sah diserang secara seksual atau tidak, sehingga kini dia hanya disahkan mati akibat jerutan kuat pada leher.

“Kami percaya mangsa berusia sekitar 12 tahun itu dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan terbabit berikutan tidak menemui sebarang kesan berlaku pembunuhan di kawasan itu. Mangsa dipercayai dibuang sejurus dibunuh berikutan keadaan mayat belum reput dan kembang dalam air serta berkeadaan baik,” katanya.

Beliau turut menolak andaian, mangsa dihanyutkan arus berikutan paras air pada dua anak sungai mengalir ke kolam tadahan itu, cetek dan mustahil mangsa dibawa air sebelum tersangkut pada perangkap sampah dipasang.

Walaupun pintu masuk berkunci dan kawasan tadahan air terbabit berpagar, masih terdapat bahagian tertentu boleh dibolosi.

Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan separuh bogel hanya memakai sehelai baju tidur tanpa lengan dengan corak bintik warna biru dan gambar patung beruang.

“Sehingga kini masih belum dapat disahkan identiti sebenar mangsa termasuklah keturunan dan bangsa. Untuk gambaran mangsa berbadan gempal dengan rambut paras bahu, berkulit gelap, tinggi kira-kira 122 sentimeter dan berkening lebat.

“Kami kini mendapatkan bantuan jabatan patalogi untuk mendapatkan identiti sama ada mangsa warga tempatan atau asing berdasarkan rekod cap jari dan pergigian, walaupun mempunyai kesan suntikan BCG di lengan tetapi tidak membuktikan dia warga negara ini,” katanya.

Beliau turut menyangkal penemuan mayat kanak-kanak misteri itu berkaitan dengan beberapa siri kejadian culik dan bunuh membabitkan kanak-kanak perempuan yang menggemparkan seluruh negara beberapa tahun lalu.

“Orang ramai diminta bertenang, polis menyiasat kes ini sebagai kes baru dan tiada kena-mengena dengan beberapa kes sebelumnya,” katanya.

Polis turut menolak laporan seorang nenek bahawa cucunya yang hilang sejak dua minggu lalu adalah kanak-kanak misteri berkenaan berikutan foto wajah gadis terbabit tidak mempunyai mirip wajah mangsa.

Zakaria berkata, usaha mengesan waris mangsa juga gagal berikutan belum ada mana-mana individu datang membuat laporan berhubung orang hilang, walaupun pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada semua Balai Polis Daerah di seluruh Malaysia.

Berikutan itu, mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan, Che Aziz Md Isa, di talian 012-9280024.

Polis hingga kini masih menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sekarang ni bontot askar kena cucuh pasal hilang enjin pesawat,bontot polis pun kena cucuh pasal kes jenayah kanak - kanak yang ditutup sebelah mata sebab sibuk sangat nak tangkap ahli - ahli wakil rakyat pakatan bersama aktivis -aktivis.Masing - masing dah sibuk dan mengelabah tak tentu arah yang mana satu nak "cover" yang mana satu nak selindung dan yang mana satu nak di selesaikan.

Apa tunggu lagi polis dah mula sibuk dengan kes jenayah,askar pun sibuk dengan kes hilang senjata....oleh dengan itu mari kita berdemonstrasi ke jalan - jalan raya untuk mansuhkan GST

horrey!!!!!!

Tiada ulasan: