Khamis, 24 Disember 2009

posting krismas : 2009 yang penuh dengan segala kekelentongan

Beberapa hari lagi tirai 2009 bakal berlabuh dan tahun yang penuh dengan demam bolasepak piala dunia di afrika pun bermula.Setelah setahun pejuang - pejuang demokrasi dan keadilan menempuh pelbagai kisah pancaroba suka - duka dunia politik.Memanipulasi, di manipulasi.

Tirai 2009 juga menyaksikan kuku dracula si monggol mengcengkam bumi perak.Rakyat Bangkit menentang rampasan kuasa dan penubuhan kuasa kudeta.2009 juga menyaksikan Nizar bangkit menjadi satu lagi ikon pejuang rakyat yang menentang rampasan kuasa yang sungguh tak bermoral hasil dengan melompat nya 3 ekor beruk.


Tirai 2009 juga menyaksikan Nizar di bela oleh sekonyong - konyong rakyat Perak yang mahu kan keadilan.Rakyat Perak amat setia di belakang Nizar.Bukit Gantang menjadi saksi akan segala - gala itu.

Di sini juga di saksikan akan pengkhianatan si mat monggol terhadap usaha meluluhkan bahasa bangsanya sendiri tanpa restu rakyat.Maka di kala itu menjelma lah bermacam - macam barua yang kononnya mempertahankan usaha kerajaan.

Di sini juga rakyat saksikan juga perarakan sembah bahasa kepada duli Tuanku yang di cemari oleh perbuatan biadap anjing -anjing mat monggol yang menembak gas pemedih mata sesuka hati.

Rakyat juga menyaksikan betapa UMNO memijak lidah bahasa nya dan sanggup menjadi petualang terhadap bahasa sendiri.Pejuang - pejuang bahasa yang selama ini menjadi payung pada pembangunan sahsiah bangsa di cerca nista oleh pembodek -pembodek kerajaan.

2009 jua menyaksikan rakyat bangkit menentang kezaliman I.S.A dengan turun ke jalan - jalan raya membantah akta tersebut.Anak muda,mahasiswa dan segala rakyat jelata turun menyatakan bantahan.

Di lembaran 2009 juga menyaksikan kekalahan demi kekalan di pihak UMNO sehingga melemahkan perjuangan mereka,maka tersaksi mereka bercakaran sesama sendiri.Parti -parti komponen mereka beratakan satu demi satu bermula dari MIC,Gerakan PPP dan akhirnya MCA.

Barisan Nasional mengalami keretakan yang amat teruk sekali dan pahlawan - pahlawannya termasuk Bekas menteri di jabatan di Perdana Menteri Dato ' Zaid Ibrahim menyertai PKR.

Di Suku akhir tirai 2009 menyaksikan pertikaman antara pahlawan UMNO sesama sendiri terutamanya antara Nazri Aziz dan Mursyidul Awam UMNO Mahathir.UMNO dan geng - gengnya hampir cemas apabila kerajaan Mat Monggol hampir tumbang apabila budget 2010 hanya berjaya di luluskan dengan majoriti 3 undi sahaja.

Di akhir tahun rakyat 1 malaysia di kejutkan dengan lawak hujung tahun yang menyaksikan kehilangan enjin jet pejuang F5E yang lesap lebih 2 tahun lepas tetapi laporan nya di buat setahun selepas itu.

Kesimpulannya UMNO dan pemerintahan nya di bawah mat monggol di lihat semakin hari semakin tenat,hanya tunggu masa sahaja untuk di kapan dan di talkin kan sahaja.

Tiada ulasan: