Terpercis perjalanan dari seksyen 9 ke plaza alam sentra,dalam pada singgah di salah sebuah gerai di depan muzium shah alam untuk membeli rokok surya.Secara curi - curi dengar perbincangan orang tua yang seringkaliu mempertikaikan soal melayu.Mempertikaikan soal Nik Aziz,bukan lah maksud saya terlalu menyebelahi mana - mana pihak tapi terlalu hairan yang amat sangat bila lihat persepsi melayu khususnya orang - orang tua ni masih tak sedar - sedar diri lagi.
Balik - balik yang di bisingkan dalam apa - apa pun forum kedai kopi adalah soal melayu,soal islam,nik aziz,PAS, PKR,DAP.Mungkin hanya itu sahaja yang melayu ini tahu,nak kata tak berpendidikan ada yang sampai ke menara gading.
Apa yang kita pelik dengan perangai melayu lama ni ialah hal yang realiti langsung tak diambil berat tetapi hal yang tak fundamental pula yang selalu di perbesar - besarkan.Mereka selalu mempertikaikan soal melayu,soal islam tetapi mengenepikan hal realiti yang berlaku di depan mata mereka yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka.
Sampai bila orang melayu di bebalkan,mereka seolah - olah bimbangkan perkataan melayu dari natijah kemelesetan ekonomi pada hari ini atau senang cakap mereka lebih"suka kenyangkan telinga dari mengutamakan perut" yang semakin mahal akan kosnya.
Melayu - melayu ini lupa akan kos sara hidup yang semakin di naikkan oleh kerajaan BN hari ini.Mereka memperdulikan apa sahaja kos yang di kenakan pada mereka,kerana pada mereka kelentong geng United MuNkeEe itu lebih penting.
Sempat juga berhujah dengan beberapa orang - orang melayu lama ini apabila mempertikaikan sikap pembangkang apabila membantah soal GST.Kata mereka GST itu baik untuk rakyat dan untuk menyenangkan rakyat.Rupa - rupanya baru tersedar yang mereka ini telah di bebalkan dengan begitu lama.
Kasihan.....sampai begitu sekali,apabila di beritahu apa yang berlaku sebenarnya maka melopong lah mulut masing - masing yang tadinya begitu celupar mengecam pembangkang.Tak kuran pula ada soalan - soalan bodoh yang di tanyakan semula seperti "betul ke semua barang dan perkhidmatan akan di cukai? " ada juga yang bertanya"adakah kerajaan BN begitu bodoh nak mencukai kan kita semua? "
Di manakah agaknya kesedaran orang melayu ? setelah di lihat di depan mata sendiri Kos pengangkutan awam,minyak dan Beras naik secara mendadak tetapi gaji pekerja - pekerja sektor swasta masih kekal rendah malah ada juga yang masih bergaji serendah RM400.00 dan kini pula nak di bebankan lagi dengan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Sehingga itu pun orang melayu masih dok jadi tunggul dan tak mahu melawan.
Adakala mereka tak terfikir dengan cara memanipulasi ekonomi akan menyebab masalah - masalah seperti jenayah akan meningkat dengan mendadak,contohnya apabila kos sara hidup semakin nail melambung maka rakyat khususnya yang tinggal di bandar akan melakukan kerja tambahan semata - mata nak menangung kos yang terbeban ke atas mereka.Tetapi sekiranya kerja tambahan pun gagal menmpung kos sara hidup seharian mereka maka tiada apa yang dapat mereka lakukan selain dari melakukan jenayah seperti Meragut, merompak dan menyamun.
Itu kalau lelaki tak kira lah bujang atau yang sudah berumah tangga manakala yang perempuan terpaksa lah menjual tubuh tak kira lah di lorong - lorong atau secara "call girl".Maka ini akan menambahkan lagi masalah keruntuhan moral di kalangan masyarakat bangsa khususnya orang melayu.Kenapa ini semua berlaku ? jawapannya mudah sahaja,rakyat terdedah kepada tekanan ekonomi yang telah di manipulasi oleh kerajaan BN keatas masyarakat bawahan,mereka terpaksa menyelamatkan diri dan anak - anak mereka dari kelaparan.Oleh itu tiada jalan keluar bagi mereka melainkan JENAYAH.
Manakala Masyarakat bangsawan seperti Datuk - Datuk dan Datin - datin hidup mewah hasil dari hasil yang telah di peras dari rakyat,dengan itu maka sesak lah penjara - penjara di seluruh negara hasil dar Onar yang di lakukan oleh orang melayu melayu itu sendiri.Sehingga sampai ke tahap itu pun mereka masih nak dok membebel pasal ketuanan melayu lah....ketuanan Islam lah sedang perut sendiri pun di manipulasi dek kerajaan sendiri.
Aduhai..kasihan cukup kasihan melihat sampai begitu sekali orang melayu di "muNkeE - MuNkeEe kan dek United Malays National Organisation.Ada juga diantara mereka yang masih menyanjung Madey sebagai wira hingga saya khabar pada mereka pada ketika Madey begitu hebat menghentm UMNO dan Mat Monggol pun mereka tak percaya.Malah persengketaan antara Madey dengan Madey pun mereka anggap sebagai salah satu sandiwara sahaja.
Ada yang melopong,ada juga yang berlalu pergi bila saya menunjukkan hasil tulisan mahathir kepada mereka dengan lap - top kecil yang di pinjam kan rakan serumah,ada juga yang termenung melihat laporan Berita Hairan dan Utusan Melalok baru - baru ini yang menyiarkan komen Nazri yang melabelkan Mahathir sebagai "Bapa Perkauman" .
Kasihan juga ada yang menggeleng kepala bila saya "propaganda" kan yang kini berlaku perang dimana Mahathir,Mukhriz, dan Muhyidin sudah tak sefahaman dengan Najib dan Nazri.Ada juga antara mereka yang dah mula men"carut - carut"kan Khairy dan berdoa moga khairy tersingkir dari UMNO.
Ini lah dia melayu ! Alhamdullilah generasi melayu hari ini tak seperti melayu yang kat forum - forum kedai kopi,mereka lebih bijak menilai mana intan dan yang mana kaca.
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan