Pihak Polis akan mendakwa beberapa suspek hari ini di mahkamah Kuala Lumpur atas serangan pembakaran Gereja Metro Tabernacle
Polis telah menahan lapan orang untuk memudahkan penyiasatan mengenai serangan pembakaran di Gereja Metro Tabernacle di Kuala Lumpur.
Hal ini di yakini bahawa pengarah Federal CID Zinin Mohd Bakri dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar pada tengah hari berhubung pendakwaan ini.
Menurut sebuah laporan berita, lapan yangdi tangkap dalam operasi semalam telah di tahan reman hari ini.
Gereja Metro Tabernacle yang diserang pada 8 Febuari lalu, yang terselamat cuma tingkat pertama manakala tiga bangunan yang lain hangus dalam kebakaran.
Manakala berita Hairan pula melaporkan bahawa Polis telah menahan lapan lelaki semalam yang disyaki suspek utama bagi membantu siasatan kes menyebabkan kebakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dua minggu lalu.
Perkara ini diumumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin, pada sidang media di sini sebentar tadi.
Tangkapan pertama membabitkan penghantar surat berusia 25 tahun yang ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hasil maklumat awam jam 3 petang semalam.
Berikutan itu, tujuh lelaki lain ditahan.
Semua mereka ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan