Isnin, 15 Februari 2010

Dahului Keputusan Mahkamah dah memang perangai United MuNkEeE


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlebih dahulu menjatuhkan hukuman terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kes liwat yang dihadapi Anwar masih dijalankan dan biar mahkamah menentukan sama ada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu bersalah atau tidak.

“Anwar Ibrahim orang berilmu, cerdik tetapi dituduh dengan benda yang tidak diketahui lagi kebenarannya, dituduh secara besar-besaran. Dalam Islam, kalau benda boleh mengaibkan tak boleh didedahkan," katanya kepada media selepas merasmikan Pondok Ahmadiah Islamiah dan Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Aman Luar, Kandis dekat sini, semalam.

Beliau mengulas pengiktirafan dunia barat terhadap Anwar yang diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada forum US-Islamic World di Doha baru-baru ini.

Pada 3 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memulakan perbicaraan kes Anwar yang dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan ditangguhkan sehingga 18 Februari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pembuangan bayi, Nik Abdul Aziz menyifatkan peningkatan kes itu sejak akhir-akhir ini berpunca daripada kejahilan individu yang tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala.

“Buang bayi berpunca daripada manusia yang tidak tahu dosa pahala, bukan kerana ada atau tidak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), atau bukan juga kerana tidak ada rumah kebajikan. Ia berlaku akibat daripada perbuatan zina," katanya.

Menurutnya, mereka yang melakukan perbuatan membuang bayi seperti orang tua yang berfikiran seperti 'budak-budak yang tidak tahu apa-apa'.

“Orang yang macam ini macam binatang. Malah lebih teruk lagi daripada binatang,” katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi.-Sinar


Bukan sahaja baru hari ini Tuan Guru memperkatakan tentang perangai geng - Geng United MuNkEeE yang selalu mendahului keputusan UniTed MuNkEeE masih ingatkah kita pada Kisah Sandiwara di bukit jenalik? tentu kita masih ingat tentang kisah lakon semula bagai mana senjata - senjata yang begitu banyak di sorong masuk ke dalam 3 buah pajero bukan.

Bukan Itu sahaja kita masih lagi tentang kes kematian seorang peragawati sambilan yang bernama Noritta samsuddin yang mana pembunuhnya masih lagi gagal di kesan sedangkan yang tertuduh yang pada akhirnya di buktikan tidak bersalah telah di aibkan dengan begitu teruk sekali.

hingga begitu sekali sikap geng - geng Mainstream dan geng - geng United MuNkEeE yang sentiasa membuat sesuatu spekulasi mengikut arahan ketuanya.Mungkin bila berkata begini maka mereka akan mempertikaikan tentang apa yang kita pertikaikan tentang mat monggol dalam kes Altantuya nya kerana persoalannya di sini apa yang di pertikaikan ialah mat monggol tak di siasat dan segala yang bukti - bukti yang mengaitkan dengan kes Mat Monggol cukup jelas dan tak menimbulkan langsung apa - apa keraguan apabila di lihat jelas mat Monggol tak "membela" dirinya sendiri dan tak melawan langsung dengan apa - apa tuduhan yang di kenakan keatasnya.

Mat Monggol menjadikan Air liur Sumpah sebagai "mahkamah" penentuan untuk terus menipu dan memperbodohkan rakyat satu malaysia.Ada juga mangkuk - mangkuk ayun yang mempetikaikan kenapa anwar Ibrahim tak mahu Bersumpah.Di sini kita pertikaikan Apa gunanya Bersumpah?

Bersumpah atau tidak tetap akan Masuk mahkamah Jugak! tapi kalau Mat Monggol yang bersumpah memang tak payah masuk masuk mahkamah hanya "see Fool" je yang perlu masuk mahkamah sebab "see foolS" membawa Air liur Sumpah Mat Monggol.Oleh itu itu Mat Monggol ada "Mahkamah Khas" nya untuk menentukan yang dia itu Pasti tak bersalah iaitu "mahkamah Sumpah Air Liur" yang di berikan khas kepada Mat Monggol.


Tapi Pertikaikan di sini bukan sumpah tapi sikap Media Mainstream yang suka mendahului keputusan mahkamah dan berniat untuk mengaib kan si Tertuduh.Apabila Si tertuduh di Sah Kan tak bersalah dan kes di gugurkan tak Pula geng - geng "melalok,Hairan,dan Kosmolentong" meminta Maaf.

Semua ini senang di lihat adalah sekadar untuk mengaibkan mereka yang di tuduh.Kerana Dalam Sistem Pengadilan biasanya Akan mengambil Konsep "The Man is Innocent untill they Proven Guilty" tapi yang di tuduh seperti Anwar Si "Sahkan" Bersalah oleh Geng - geng Mangkuk Ayun ini sebelum Mahkamah Menentukannya.

Objektifnya adalah untuk mengaibkan seseorang dengan tujuan menghancurkan sokongan terhadap seseorang pemimpin itu dengan cara Kotor.Sebab Itu Tuan Guru menyelar Ada sesetengah mereka yang suka mengaibkan seseorang yang di tuduh di mahkamah sebelum di "sah"kan bersalah oleh Mahkamah.

Berlainan Dengan Mat Monggol dan Mama Penguin,"mahkamah Sumpah Air Liur" adalah mahkamah istimewa untuk Mangkuk - mangkuk ayun ni.

Tiada ulasan: