Isnin, 8 Februari 2010

Saiful ! Kalau kau berani kerana Benar Sahut Cabaran Aku!

SAIFUL!!

Kau nak tahu kenapa bicara Tangguh Lagi?


Maka saiful pun berbicara:
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Maaf lama tak update blog, tak berkesempatan untuk online sejak kebelakangan ini. Berikut adalah ulasan terkini mengenai kes:

Permohonan Penangguhan Tertuduh

"Kuala Lumpur 28 Jan - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengemukakan permohonan pada saat-saat akhir bagi menangguhkan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa depan. Beliau memfailkan notis rayuan pada 10 Disember tahun lalu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin yang menolak permohonannya itu pada 1 Disember tahun lalu." - Utusan 29/1/09 -

[Ulasan saya]Untuk makluman, walaupun Perbicaraan Utama belum bermula, mengikut rekod, dari hari pertama pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, sudah lebih kurang 20 kali perbicaraan ini ditangguh dek kerana permohonan2nya sebelum ini.

Selama ini, Hanya SATU sahaja permintaan saya, iaitu untuk memberi keterangan di Mahkamah. Namun, setelah sekian lama saya menanti dengan sabar, beliau masih berusaha sedaya upaya untuk menafikan HAK saya.

Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 2hb Febuari ini sama ada permohonan penangguhan beliau diterima atau sebaliknya.

Akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, kepada Allah saya berserah...


SAIFUL BUKHARI
Begitu Cantik kau menyusun kata - kata yang penuh islamik ya wahai saiful.LSS tak kisah kalau saiful boleh berkata apa sahaja tapi pepatah melayu ada menyebut "kalau Berani Kerana Benar,Kalau Takut Kerana Salah" persoalannya di sini mengapa ke pintu Pejabat Timbalan perdana Menteri tempat kau membuat Aduan kerana Di liwat Anwar? ke balai tidak ke balai Polis atau Pusat Khidmat Aduan?
LSS tidak mahu ambil pusing apa konspirasi yang kini sedang di rancang oleh Mat Monggol sedang Mat Monggol mengakui yang Saiful ada Ke Pintu Pejabatnya kerana mahu memohon biasiswa bukan kerana mengadu kerana di liwat walau sepatutnya Saiful ke Kementerian Pelajaran jika benar mahu biasiswa kerana Hanya Hisham sahaja boleh beri Biasiswa bukan Mat Monggol sebab dia Menteri Pertahanan.
Oleh itu Disini LSS Mencabar Saiful untuk buktikan kebenaran yang yang nyata jika benar Saiful di Pihak yang Benar! Mohon pada Pendakwa Raya dan Peguamcara untuk Serahkan segala Laporan Aduan Liwat dan Bukti - bukti pendakwaan kepada Pasukan Peguam Bela jika Benar Saiful memang teraniaya kerana di konsep keadilan juga menuntut yang Anwar adalah tak bersalah selagi tak di buktikan bersalah.
Lebih lama Saiful dan Peguam serta pendakwa Raya menyembunyikan Bukti dan Laporan Liwat oleh itu maknanya lebih lama lagi Kes ini akan tertangguh dan kenapa itu yang Saiful pertikaikan HAK Saiful telah di nafikan?Bagaimana pula dengan HAK Anwar yang nak membela diri kalau Saiful tak tunjukkan Bukti dan dokumen - dokumen laporan Liwat itu! Berapa lama lagi Saiful nak "menyorok" dalam kebun Toh Puan Jeanne Abdullah?
Kenapa Saiful Tak mahu serahkan Bukti Pendakwaan dan Dokumen laporan Liwat kepada Pasukan Peguam Bela kalau Saiful Tahu yang Saiful Benar Dan Anwar Salah! Kalau Benar Anwar Salah Maknanya dia takkan mampu menjawab tuduhan itu jika bukti - bukti di serahkan pada Peguambela yang cuba akan menganalisis Bukti.
Ia akan Jadi Mudah,jika Buktinya Sahih dan benar Saiful Akan Menang dalam Kes ini apa yang saiful perlu takut untuk menyerahkan Bukti - Bukti itu untuk di semak oleh Pasukan Pembelaan?
Disini LSS bukan berniat nak mengaibkan Saiful tapi telahan rakan - rakan sejak Saiful Berada Dalam Kelab ini memang telah melihat saiful seorang yang mencurigakan sejak mula lagi dan mereka menafsirkan saiful sebagai MUSANG!(maaf andai kata - kata itu agak tidak sopan)

kami tak tahu bagaimanakah rasanya kopi mu itu Saiful!
Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program.
Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).
Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta?
Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN.
Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional.
Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab&r dquo; sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar.
Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI.
Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal.
Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media.
Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.Kebimbangan kami nyata berasas.
Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done.
Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini.
Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
kami Masih menyayangi Saiful! Bertaubat lah Saiful kerna Pintu Taubat Masih terbuka.
Yang Mahukan Keadilan
LSS

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Kenapa mencabar Saiful ? hak dialah kalau bahan bukti tidak mahu diberitahu....kan peguambela Anwar pandai memutar.....kenapa tak cabar Anwar supaya melakukan sumpah syari'e macam Saiful buat, kalau dia benar-benar tidak bersalah...pilihlah mana-mana Masjid...barulah jantan namanya.....

Tanpa Nama berkata...

bro link kan blog gua...tq