KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang menyuarakan rasa tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan awal Mahkamah Persekutuan, tetapi sepertimana kita faham (iaitu) Pakatan Rakyat Perak dan Kebangsaan menyatakan,” jelas Anwar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang tadi.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berpendapat bahawa rakyat lebih layak membuat keputusan, sama ada memilik Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir atau Nizar sebagai Menteri Besar melalui pilihanraya kecil peringkat negeri.
“Keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah isu demokrasi (iaitu) suatu kepentingan politik (di mana) siapa sebenarnya yang mendapat mandat dan sokongan rakyat,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai Menteri Besar menggunakan Mahkamah, namun keputusan tersebut bukan mewakili
“Saya percaya Zambry dan Umno (serta) BN sendiri tidak bersedia berdepan dengan rakyat melalui pilihanraya, mereka lemah dan longlai untuk berdepan dengan kita (Pakatan Rakyat).”
“Maka Umno tidak boleh berselindung di sebalik apa-apa, termasuk mahkamah selama-lamanya, kecuali perlu kembali diputuskan oleh rakyat (melalui) pilihanraya,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua kepemimpinan Pakatan Rakyat supaya bersikap bijaksana dan rasional meneruskan persiapan menghadapi pilihanraya kecil peringkat negri Perak yang dijangka diadakan bila-bila masa.
Tambahnya lagi, dijangkakan persiapan tersebut turut diperlukan untuk menangkis serangan-serangan media propaganda yang dimiliki oleh Umno.
“Selain memperkuatkan parti dan jentera Pakatan Rakyat (demi) menghadapi pilihanraya kecil pada bila-bila masa, tidak mustahil kita (Pakatan Rakyat) terpaksa menghadapi serangan bertubi-tubi dari media-media (dekatan) Umno selepas ini,” jelasnya.
Ditanya tentang perkembangan kes liwat seperti yang didakwa oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, beliau menjelaskan bahawa pasukan peguamnya sedang fokus menyiapkan afidevid balas terhadap jawapan pendakwaan semalam.
Menurut Anwar, Karpal Singh, iaitu Ketua Peguambela yang mewakilinya bercadang menghantar afidevid balas tersebut petang ini juga, sebagai bukti bahawa pasukannya bersedia menghadapi pendakwaan Saiful.
Jelas Anwar lagi, permohonan Karpal Singh itu munasabah untuk diterima oleh Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah atas alasan bahawa pasukan peguambelanya perlu menjawab afidavid pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kerana menyentuh afidevid Anwar sebelum itu.
Sebelum pada itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, rakyat lebih layak membuat keputusan memilik Menteri Besar Perak yang baru.
“Keputusan ‘Mahkamah Rakyat’ lebih layak buat keputusan berhubung Menteri Besar Perak yang sah (kerana) Mahkamah (Persekutuan) hanya terdiri (oleh) lima Hakim sahaja, mahkamah rakyat lebih dari itu,” jelasnya.
Seperti kenyataan Nizar tengahari tadi, beliau turut mencabar Zambry membubarkan Dun demi membenarkan pilihanraya kecil peringkat negeri Perak diadakan dalam masa terdekat.
Ujarnya, keputusan Mahkamah itu sebenarnya tidak menyelesaikan fundamental politik di Perak kerana rakyat mengganggap Zambry sebagai Menteri Besar yang tidak sah, selepas UMNO kudeta kerajaan dari Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan