Dua Tahun kini Pakatan memerintah dan menghadapi pelbagai cabaran dan onak duri di tempuh dengan sabar walau ada yang tak sabar.Dua tahun juga berdepan dengan pertempuran demi pertempuran kini di lihat ada juga pejuang yang tunduk pada kemahuan pihak musuh.
malah ada jua yang mudah di tarik dan di beli dengan wang ringgit dan ada jugak yang cepat merajuk.Jadi jalan singkat yang di ambil ialah khinati dan ludahi perjuangan sendiri sedang mereka lupa dan tak sedar mereka telah khianati Amanah Rakyat.
Dalam Sambutan 2 tahun geng united MuNkEeE memperhebatkan lagi serangan melalui berbagai isu rekaan dan melalui berbagai proksi yang di peralatkan contohnya perkasa yang di pimpin oleh se'ekor katak bobok.
Tindakan Perkasa yang memberi amaran kononnya kaum Cina akan mengambil alih tunjang pemerintahan Negara pada Pilihanraya Umum akan datang dilihat sebagai satu polemik murahan dan percubaan untuk menanamkan politik kebencian di kalangan Melayu. Perkasa dilihat cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan memainkan sentiment perkauman disaat sokongan rakyat dilihat masih condong kepada Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca Sambutan Dua Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat.
Ini semua trik lama yang di main kan oleh geng - geng United MuNkEeE dan sekor lagi MuNkEeE.Bila kuasa dan kedudukan dah tergugat maka di salahkan orang cina.Sedangkan kita masih sedar dan nampak sama sekali siapa yang menggadai kan harta melayu pada orang asing.
Lihat kampung Berembang, siapa yang usir orang melayu untuk keluar dari situ?
Kondo mewah yang di bina untuk siapa?
Itu belum kita pertikaikan siapa punya Pulau pangkor,Genting Highland dan bukit tinggi jadi oleh tiu usah lah terpengaruh dengan apa yang di bebelkan dek united MuNkEeE kerana di kala ini mereka ibarat telah tergigit lidah sendiri.
Oleh itu telah tergigit lidah sendiri maka terkial - kial lah nak melepaskan diri,bila terkial - kial maka keluar berbagai cerita karut yang di mainkan oleh media - media arus perdana.Apa yang nak di hairankan orang cina sebab yang kat sebelah Pakatan pun ada cina dan kat sebelah BN pun ada cina.
Tapi Cina di sebelah BN hidup dalam serba kemewahan hasil harta yang di rompak bersama dengan geng - geng United MuNkEeE.Setelah kantoi maka terbongkarlah akan isu PKFZ jadi tak cukup tanah lah masing - masing nak melindungi "spender" masing - masing.
Tipu dan Rompak adalah taktik United MuNkEeE selama 52 tahun mereka di sini.Cuba fikirkan andai United MuNkEeE tak merompak harta orang melayu mana kan mungkin mereka boleh bertahan dan hidup mewah hingga ke hari ini.
lihat lah mana mungkin CEO CIMB bank seperti adik mat monggol bisa hidup dalam kemewahan dan boleh jadi orang yang terkaya di malaysia sedang Menteri Besar Selangor yang mana sebelum ini pernah menjadi CEO PNB tak mampu berbuat sedemikian dengan pendapatan yang di terima.
jika hendak di cerita kan di sini rasanya tak cukup tiga - empat muka kalau di bongkar onar MuNkEeE - MuNkEeE kerana itu rakyat sudah semakin muak dengan sikap mereka yang sering berdilak dalih.
Baik lah sempena Sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat dan setahun sambutan Demonstrasi Anti - PPSMI kenangi lah semula siapa yang laungkan Hidup Melayu !
Dan Siapa yang khianati Bahasa Melayu pada 7 March yang lalu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan