Perkasa yang mempersoalkan sumbangan balas pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, sekali lagi mempertikaikan tahap sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) di Sibu semalam.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen.
“Pengundi-pengundi Cina tidak menghargai apa yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada mereka, misalnya menyokong sekolah vernakular dan sebagainya.
“Masyarakat Cina secara terbuka menyokong dasar DAP.
“Pengundi Cina mahukan cara Cina sendiri, meskipun Bumiputera terpaksa menelan tolak ansur yang dibuat oleh BN dalam memenuhi kehendak mereka,” katanya.
Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, yang mewakili Perkasa iaitu pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di Malaysia sekarang, mengulas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu yang diumumkan lewat malam tadi.
Kerusi itu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat.
Di Hulu Selangor tiga minggu lalu walaupun BN berjaya merampas balik kubu kuatnya daripada PKR, tetapi merekodkan kemerosotan sokongan pengundi Cina.
Sehubungan itu, Perkasa meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan kepada masyarakat Cina.
Saranan hukuman itu tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO.
Bagaimanapun kata Ibrahim, keputusan semalam sebenarnya satu pengajaran kerana ia memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu selepas ini.
“Mereka tidak boleh meminda perlembagaan (negara). Jika begitu ia akan membawa kepada malapetaka,” katanya.
“Bagi saya selaku orang Melayu dan sebagai seorang Islam, ini satu hikmah pengajaran... kita akan ke depan, kita akan lihat,” katanya yang berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor tetapi tidak di Sibu.
Ibrahim Ali mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen.
LSS: Woit Brahim Ali.. orang sekarang bukannya bodoh sangat.. dah berpuluh tahun memerintah Sarawak kenapa Mat Monggol tak buat segala apa yang dijanjikan tu.. kenapa bila tiba pilihanraya baru nak berjanji nak buat itu, nak buat ini?
Apa salahnya masyarakat Cina menyokong DAP? Kan negara ni negara demokrasi?
1 ulasan:
Berahim, saya orang melayu tapi saya benci perkasa!!!!!!!
Catat Ulasan