Rabu, 2 Jun 2010

6 Isu PANAS: Penyokong United MuNkEeE mula sangsi dengan perjuangan dan dasar Mat Monggol/UMNO


Isu terbaru dibawah telah menyebabkan penyokong fanatik Melayu Umno mula sangsi dan memperlekeh dasar dan perjuangan Najib dan Umno..mereka mula sedar dari mimpi indah, dan sedikit demi sedikit menaruh sangsi atas keupayaan najib memimpin Umno dan negara...Antara isu panas tersebut ialah:

1. Isu penyerahan beberapa blok/wilayah minyak yang berharga pada kerajaan Brunei.

2. Penyerahan tanah KTMB (satu2nya tanah kepunyaan Melayu/Malaysia di Singapore) pada kerajaan Singapore.

3. Isu ramalan Malaysia akan bankrup dalam masa sembilan tahun lagi oleh Menteri Umno. (Malaysia diramal bankrup tahun 2019 sebelum diishtihar Malaysia maju 2020?..sungguh lucu Wawasan 2020 Tun M)

4. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat (segala yg berkaitan dengan 'Barang Naik', termasuk desas desus harga minyak akan naik)

5. Isu kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempana Piala Dunia 2010

6. Isu penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu


Cukup dengan 6 isu HOT dan terbaru ini, penyokong totok Umno mula berasa kecewa, malu, hampa, terkejut seterusnya memperlekeh, mempersoal, tidak kurang yang menghina, mengeji dan mengutuk kerajaan Najib dan parti mereka sendiri (Umno) yang seoalah2 bagi mereka sudah lari dari matlamat asal perjuangan asobiyah Melayu mereka (Najib terlalu mengangungkan Cina dari Melayu katanya), perjuangan untuk rakyat sudah berubah kepada perjuangan demi nafsu diri semata - mata, perjuangan BN dan PR sudah sama, dan lain2 luah rasa..

Namun, tidak kurang ada dari kalangan mereka yang dilihat masih terus menyokong apa sahaja tindakan Umno/Najib kerana terlalu taksub dan sayangkan parti yang melambangkan keris itu, selain tidak mahu Umno dilihat buruk dipandangan masyarakat khususnya didepan seteru mereka (untuk sedapkan diri sendiri)...oleh itu, golongan ini seupayanya terus 'mengipas' pimpinan Najib dan Umno dengan mengeluarkan dalil dan hujah palsu dan retorik semata2 mahu membenarkan segala tindakan pimpinan kerajaan mereka..

Boleh ikuti antara luahan perasaan/kekecewaan/kemarahan penyokong Umno di blog2 mereka, termasuk di laman forum politik...antaranya di laman forum penyokong Umno MYKMU:


-
DAH MACAM BUNYI CAKAP PAKLAH MASA JADI PM
-
Subsidi: Antara K'jaan Jimat Kos atau Kos Sara Hidup Naik
-
Hak Tanah Melayu Kampung Baru (Surat terbuka kepada Tok jib)
-
Apa perlunya Idris Jala/kerajaan ramalkan negara bangkrap?
-
undi rosak untuk menghukum najib dalam isu KTM - Singapork

Dan banyak lagi termasuk di ruangan blog penyokong totok Melayu Umno..insyaAllah, jika berkesempatan, penulis akan sertakan blog - blog fanatik umno yang mula mengkritik pentadbiran najib bersama ayat kecaman dan hinaan terhadap najib dan slogannya '1malaysia', termasuk ayat - ayat rasis menghina kaum Cina dan lain - lain bangsa...wallahua'lam...

Tiada ulasan: