Hari ini Mat Monggol melantik kabinetnya yang baru kesan dari perubahan dan rombakan yangberlaku dalam MCA.Dalam perlantikan yang terbaru memperlihatkan perlantikan terlalu ramai senator atau ahli dewan negara ke dalam Parlimen.
begitu ramai ahli parlimen yang meletak jawatan sebagai menteri atau di turun kan dari jawatan menteri dan ahli senator di lantik ke parlimen untuk memboleh kan mereka - mereka menjawat jawatan sebagai menteri.
sedikit sebanyak tindakan tersebut telah melanggar konsep demokrasi berparlimen dan di lihat ramai mentei yang di lantik bukan menteri yang dipilih oleh rakyat atau dengan kata lain mereka - mereka ini bukan ahli parlimen.
penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN sendiri pun tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini dan tak tahu lah apa yang di pikir dek mat monggol.
Kalau macam lagi baik at Monggol adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan tidak layak di kaca mata Mat Monggol.
Kabinet Mat Monggol akan terus - menerus di persoalkan kerana tindakan mat monggol melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet yang di pilih oleh Rakyat'.
Ini kerana, menurut pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Mat Monggol berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.
Ini Kerana tindakan Mat Monggol melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.Perlantikan tersebut kononnya pada fikiran Mat Monggol mampu memulihkan keyakinan rakyat pada MCA dan BN tapi ini akan memburuk kan lagi keadaan.
Mat Monggol mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.
Barua Rosmah ini juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).
Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).
Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.
Tetapi persoalannya di sini, dimanakah Tempat untuk Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda UMNO?
Selama berdekad - dekad United MuNkEeE Nervous Oldies menjalankan tradisi bahawa jawatan - jawatan yang penting dalam kerajaan akan di beri kepada ketua sayap Pemuda seperti mana yang di jawat oleh bekas - bekas ketua Pemuda United MuNkEeE sebelum ini seperti Zahid Hamidi dan Hishammudin Hussein.
Tapi kali ini kita lihat dengan Jelas Ketua Pemuda United MuNkEeE takde tempat dalam kerajaan pimpinan UMNO - APCO dan ini jelas menunjukkan Menantu Pak Lah tersebut di perlakukan oleh Mat Monggol tak ubah macam "Selipar Buruk"
Tapi alasan yang kerap di berikan oleh Mat Monggol apabila di tanya kenapa Khairy tak di pilih sebagai Menteri ialah kerana Khairy tak minat jadi menteri tetapi pak habib penulis buku yang terkenal sendiri telah membongkar yang mana Khairy menyimpan impian yang membara untuk menjadi Perdana Menteri sebelum 2012.
Sah Mat Monggol kelentong! dan ini telah menunjukkan Khairy di perlakukan seperti "sampah - sampah yang tak berguna" dalam UMNO biarpun dia kerap kali menafikannya.
Kah..kah..kah..kesian khairy pas ni dah tentu dia nak keluar UMNO dan nak jadi ketua AMK atau Ketua Pemuda PAS!! woitt...sapa yang nak mangkuk ayun ni?? suruh dia jadi ketua pemuda MIC yang baru je lah...kah....kah...kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan