Semalam 12 Jun 2010, Suara Keadilan telah melaporkan Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim berkata ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno yang mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu akan menyebabkan mereka itu bertindak keluar UMNO dan menyertai KEADILAN Sebagaimana yang dijanjikan pada 12 Jun hari ini satu sidang Media telah diadakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim menjelaskan beberapa ADUN BN telah berjumpa beliau menyatakan tidak puas hati dengan kepimpinan Dr Zambry.
Mereka dikatakan bakal mengambil tindakan nekad meninggalkan UMNO/BN untuk menyertai KEADILAN dan akan mengakibatkan Barisan Nasional Perak tumbang.
Kata Zulkifli "Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.
Kita tidak fikir apa yang didakwa itu benar melainkan ianya satu gimik politik murahan saja. Dakwaaan itu ada strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal untuk membinasakan kerajaan UBN Perak.
Mungkin selepas usaha menerusi mahkamah dan gangguan di Dun Perak gagal maka PKR - Pakatan Rakyat mencari helah dan gimik demikian.
Sememangnya aku sangat bersetuju dengan pendapat MSO itu selain dari gimik politik murahan PKR Perak ianya juga bolehlah dikatakan strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal.
Kalau kita membaca sepenuhnya laporan dari Suara Keadilan pada 12 June itu menurut Zulkifly Ahli-ahli UMNO yang hendak meninggalkan UMNO itu telah melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri berkenaan habuan.
Terus terang mereka telah berkata mereka akan meninggalkan UMNO kerana tidak berpuashati dengan habuan, jadi apakah habuan yang akan mereka dapat jika mereka menyertai PKR?
Jika kerana habuan mereka meninggalkan UMNO dan menyertai PKR apakah yang hendak mereka perjuangkan bersama PKR? Adakah mereka akan memperjuangkan untuk mendapat habuan yang lebih adil didalam PKR, walaupun hakikatnya tiada habuan yang dijanjikan didalam PKR.
Mereka hendak meninggalkan UMNO hanya kerana tidak berpuashati dengan habuan, tidakkah PKR Perak atau PKR Pusat sendiri belajar sesuatu dari tindakan Zahrain MP Bayan Baru yang melompat meninggalkan PKR kerana habuan yang cuba diperolehinya dihalang?
Mereka-mereka itu dikatakan akan melompat menyertai PKR bukannya kerana merasakan Ideologi perjuangan PKR sesuai dengan mereka, bukannya kerana mereka telah menolak dasar perjuangan UMNO tetapi kerana habuan mereka tidak diperolehi, jadi apakah kita patut berbangga dengan pemimpin – pemimpin sebegini yang berjuang untuk kepentingan sendiri?
Adakah kita yakin pemimpin-pemimpin sebegini akan terus setia bersama PKR sehingga PRU13 nanti andaikata mereka melompat menyertai PKR?
Jika yakin.. atas dasar apa keyakinan itu didirikan?
Sedangkan terus terang mereka itu telah berkata mereka akan meninggalkan UMNO kerana HABUAN! Bukannya keikhlasan menjadi sandaran..
Lupakah PKR Perak akan peristiwa atau kes ADUN Bota Nasaruddin Hashim yang keluar UMNO kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan UMNO yang kemudiannya dalam masa tidak sampai sebulan telah kembali kepangkuan UMNO kerana dikatakan menerima berbagai ugutan?
Masih teringat lagi.. ketika Dato Nasaruddin itu datang memberikan penerangan di Chai Leng Park, Butterworth. Bagaimana meriahnya beliau disambut ketika beliau tiba bersama isterinya dengan menaiki Kia Karnival hinggakan ramai ahli-ahli PKR yang berada disitu bersalam dan mencium tangannya.
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim juga berkata "Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.
Tidak nampakkah apa yang cuba mereka sembunyikan disini? Mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat.
Tidakkah dengan membuat sidang akhbar ini Zulkifly sendiri telah memaklumkan kepada pemimpin tertinggi UMNO/BN untuk bertindak?
Sebenarnya disini mereka telah memperbodohkan Ketua Penerangan KEADILAN Perak itu untuk mengadakan sidang akhbar bagi memberitahu seluruh rakyat dan juga pimpinan tertinggi UMNO/BN agar bertindak.
Bertindak mencari siapakah yang dimaksudkan oleh Zulkifly itu dan Bertindak dengan menawarkan mereka-mereka itu dengan HABUAN yang diingini mereka.
Jika mereka ikhlas mereka tidak perlu menunggu, apa yang perlu mereka lakukan ialah letakkan jawatan dan diadakan PRK bagi kawasan mereka itu.. bukan bertukar menjadi KATAK!
Jadi.. sudah-sudahlah Yeop.. pergi buat kerja, jangan dilayan manusia yang tak ada pendirian tu.. korang pergi jenguk-jenguklah Ranting atau Cabang yang ditubuhkan semasa PRU12 hari tu.
Tengok-tengoklah sama, AJK dah ada atau belum? Perlembagaan Parti yang baru tu dah terima atau belum? Ahli bertambah atau tidak? Apa aktiviti yang dia orang dah buat?
Sampai bila korang nak buat Sidang Media hanya untuk menunjukkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim tu yang anda semua ni aktif?? Kalau aktif mencari dan menambah ahli bagus lah juga tapi kalau aktif dengan membuat sidang media macam ni tak payah lah.. korang balik tolong bini basuh kain lagi baik..
Lagipun kalau anda terus dengan gimik begini kalau tidak menjadi adakah anda percaya orang ramai akan mempercayai lagi kepada dakwaan atau kenyataan-kenyataan dari PKR Perak tu?
Hmm.. buat masa ini masih ada orang ramai percaya yang percaya lagi ke? ...
bagi LSS dan geng - geng blogger pada kami rasa tidak kerana berita yang baru di terima ini adalah satu tamparan buat geng penerangan PKR Perak kerana terlalu mudah untuk di perbodohkan.
beberapa minit yang lalu di beritakan bahawa Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.
"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.
Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.
Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.
Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi ini.
Katanya, keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.
oleh itu di kala ini kita merasakan kini Zulkifli telah di berikan satu tamparan yang amat hebat sekali akibat dari mudah di permain - mainkan dek geng - geng United MuNkEeE.Kami rakan - rakan seperjuangan di sini bukan lah hendak menghentam anda sesuka hati tetapi ibarat kata pengerusi tetap PKR ini adalah "cubit - cubit sayang".
sentiasa mengingatkan anda supaya fokus pada perjuangan dan lupakan lah usaha untuk memujuk mana - mana MuNkEeE dan geng United MuNkEeE untuk menyertai kita kerana mereka merasakan habuan "bersama BN" lebih "manis" kalau nak di bandingkan dengan Pakatan.
Adalah lebih baik anda semua atur semula strategi dan fokus bagaimana nak menawan putrajaya pada PRU ke - 13 ini,kalau tidak impian hanya sekadar tinggal impian jer lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan