Rabu, 20 Oktober 2010

Kelentong VS Bangang!!!



Ohhh!! Mami....Apakah Itu Bangang!!!



Berita Hairan
Wanita UMNO ikrar pertahan Perlembagaan, kedudukan istimewa Melayu


KUALA LUMPUR: Wanita UMNO dengan nada tegas berikrar tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluluran Perlembagaan Persekutuan dicabuli atau dicemari, termasuk berhubung Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat termasuk Melayu, Cina, India dan suku kaum lain dan tiada seorang pun ketinggalan.


"Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan hanya salah di sisi undang-undang tapi boleh diibarat sebagai satu penderhakaan kepada ibu sendiri," katanya dalam ucapan dasar Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Umno 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.


Shahrizat berkata, seluruh ahli UMNO mesti bersedia berkorban mempertahankan setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tentangan dan penghinaan.

Katanya, kedudukan istimewa kaum Melayu dan anak negeri termasuk Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan.

"Janganlah kita mengabdikan diri kepada godaan cauvinisme yang murah. Janganlah sesiapa melampaui batas Perlembagaan mahu pun prinsip sepakat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Jangan kita terperangkap dengan politik rakus sesetengah pihak yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia mengikut kaum, agama dan bangsa," katanya.







Tiada ulasan: