Khamis, 18 November 2010

JPP...di manakah Ketelusan dan Keadilan Mu???


Salam Reformasi,Salam perjuangan..Perubahan itu harus terus didesak bukan ditunggu...Pemilihan 2010 semakin hampir melabuhkan tirai nya..dan selama Pemilihan ini banyak yang terjadi,kenapa mesti nak salahkan individu-individu tertentu,Media arus perdana seeprti TV3 terus mengambil kesempatan..siapa yang patut dipersalahkan..



adakah apa yang berlaku di LIBARAN dan beberapa tempat di Sabah itu salah individu??siapa yang menjalankan Pemilihan??bukankah JPP...Ketelusan yang diharapkan dari JPP nampaknya tidak dapat dirasai..jika ditanya ahli ramai yang akan menyalahkan JPP..

betul memang Pemilihan seperti ini adalah baru,tapi jangan disebabkan alasan baru itu banyak berlaku penyelewengan...sungguh kelakar dengar 'Kejar mengejar' yang berlaku di sabah,kita seringkali menghentam dan mengutuk SPR,tapi adakah JPP itu bagus???

Jika kita seringkali menyebut ketelusan dan sentiasa menghentam SPR menjadi kuda tunggangan BN bagaimana pula JPP??takkan JPP pun suka digelar kuda tunggangan??Jangan bermain dengan api wahai JPP kelak api itu akan membakra diri.Pada 20-21hb ini adalah tarikh pengundian terakhir bakal berlaku,diharapkan tiada sebarang penyelewengan berlaku.Berikanlah 100% ketelusan pada baki pengundian yang akan berlaku.

Janganlah menjadi kuda tunggangan orang-orang tertentu,ingat Parti Keadilan lahir dari air mata dan keringat rakyat,jangan suka hati buat parti ni macam mak bapak sendiri punya!!Kepada anak muda di Selangor,baki pemilihan tinggal beberapa hari sahaja lagi,LSS merayu dan mohon sokongan supaya undi itu diberika kepada Team AMPPR yang diterajui oleh Che'gubard sebagai Ketua dan Chang Lih Kang sebagai Timbalan Ketua.Jika ada mana-mana anak muda di selangor sukarela nak jadi PACA sila hubungi Yaser Al-Masri : 012 6794704.

Kita pastikan ketelusan itu berlaku dan jika ada penyelewengan kita sama-sama ambil tindakan.Jangan biarkan ruang penyelewengan itu boleh berlaku,kalah biasa dalam pertandingan tapi kalah biar bermaruah,kalah biar sebab prinsip,bukan kalah sebab ditipu oleh bangsat-bangsat yang merogol DEMOKRASI!!

Di petik dari :JALAN PULANG

Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri

Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Displin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.


Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakkan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri.

Umno, PKR: Siapa lebih demokratik?

Umno yang didakwa PKR sebuah parti yang tidak demokratik sebelum ini turut memanggil mana-mana anggotanya atau calon yang berhadapan dengan isu disipilin mengadap sebelum sebarang tindakan diambil.

Bahkan ketika hari terakhir Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Umno, turut diberi peluang membela diri dan memberi keterangannya di hadapan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Keputusan untuk memecat Anwar hanya dibuat setelah undian dijalankan dikalangan Ahli MT Umno yang sebelumnya telah mendengar hujah pembelaan oleh Anwar sendiri dengan panjang lebar.

Pada ketika itu, Anwar memang telah diketahui umum mempunyai ramai musuh-musuh politiknya di dalam Umno sendiri termasuklah dikalangan Ahli MTnya.

Begitu juga bagi parti-parti politik lain termasuk ketika Pemilihan Umno yang memanggil mengadap calon-calon bertanding yang dilaporkan melanggar peraturan parti sebelum sesuatu tindakan diambil.

Sebaliknya pula dalam PKR yang dikatakan peneraju demokrasi, tindakan JPP tidak memanggil Zamri mengadap sebelum keputusan penggantungan hanya mengesahkan andaian umum bahawa banyak isu berkaitan pemilihan yang mahu disembunyikan oleh parti itu.

Para penganalis politik tanah air menjangkakan penafian demi penafian terus dibuat oleh PKR untuk melindungi imej parti dan juga pihak-pihak tertentu dalam parti.

Desakan sesetengah pihak agar pemilihan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan juga dijangkakan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

JPP pastikan KETELUSAN DAN KEADILAN BERLAKU,JANGAN SAMPAI ANAK MUDA MENGAMBIL TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS!!

Tiada ulasan: