Rabu, 17 November 2010

Tak lama lagi Kita Akan Main Bola!

KUALA LUMPUR, 17 Nov - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersidang Sabtu ini, dijangka akan membincangkan rangka strategi persediaan awal di sebalik spekulasi bahawa perikatan itu sedang mula bersiap sedia untuk memanggil pilihan raya umum tergempar, awal tahun depan.

Sumber-sumber BN memberitahu The Malaysian Insider, beberapa bulan akan datang dilihat sebagai tempoh amat penting dengan mengambil kesempatan ke atas perkembangan politik semasa termasuk persekitaran melanda Pakatan Rakyat khususnya PKR ekoran tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.


Spekulasi menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 untuk mendapatkan mandat segar pada separuh pertama tahun depan dan sesi Dewan Rakyat semasa adalah yang terakhir.


“Kesemua (langkah persiapan) sedang digerakkan ke arah pilihan raya umum akan datang,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai signifikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN kali ini.


BN juga dijadual mengadakan konvensyennya tahun ini.


Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini telah mengumumkan akan melepaskan jawatannya awal Januari manakala pucuk kepimpinan tertinggi Umno pula akan memulakan siri pertemuan dengan ahli dan penyokong mereka di seluruh negara mulai awal tahun depan.


Umno juga akan mengumumkan perubahan barisan kepimpinan negeri khususnya di lima negeri yang diterajui oleh lima pemimpinan tertinggi parti termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia dijangka akan diketahui 26 November ini.


Baru-baru ini Gerakan juga mengumumkan bahawa ia akan mengenal pasti barisan bakal calonnya awal tahun depan dan nama-nama awal akan diperkenalkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.



Mesyuarat Sabtu ini juga diadakan di sebalik tumpuan bahawa pilihan raya umum negeri Sarawak akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.


Muhyiddin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.


Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.


The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.


Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.


Sebelum ini, The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin bawahan mahu Najib melewatkan sebarang kemungkinan memanggil pilihan raya umu tergempar.


Mereka yang menentang idea pilihan raya umum awal berpendapat bahawa Najib tidak harus menganggap populariti peribadinya yang tinggi bermakna sudah mula diterima rakyat selepas prestasi BN yang tidak memuaskan pada 8 Mac 2008.


Menurut kajian Merdeka Center Mei lalu, populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Nampaknya Tiang Gol dah stand by,Refree sudah siap di latih,penjaga garisan dah di siapkan,kita punya tiang gol dah di tempah dengan keluasan dari garisan corner sebelah kii sampai lah garisan corner kat sebelah kanan.Manakala United MuNkEeE punya gol menggunakan Gol bola jaring yang tinggi enam kaki(Sampai Mampos pon tendang tak masuk)

Apakah Pakatan akan ikut United MuNkEeE main bola???

Buat apa main bola!!!! Jom ajak diorang main kita punya "Game" lah!!!



UNDI POS: PEMUDA PAS MASIH PERCAYA DEMO – mkini

Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.

"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian?

"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Ambiga Sreenevasan.

nota:
dasar pemuda pas ini tepat dan betul
tidak ada jalan lain hanya ke jalan raya
kalau orang degil perlu di herdik
kalau tak dengar juga perlu di tempeleng

semua rancangan telah, sedang dan akan dibuat
semuanya untuk memastikan gerombolan dan suku
sakatnya menang - padang bola berat sebelah telah
disediakan:
undi rela sedang diatur untuk jadi undi pos
undi isteri juga akan menjadi undi pos
bangla , indon, myamar, vietnam sedang mendaftar
secara senyap senyap nama di alaih ke tempat lain

tolong jangan mimpi pru 13 akan membuat apa apa
perubahan – kalau pilihanraya ini boleh mengubah apa apa pilihan raya ini telah lama di haramkan.


Tiada ulasan: