Rabu, 3 November 2010

Kalau Amerika datang tau pulak kecut perut!!

M.Monggol: Betul!! Sumpah !! aku Tak kenal pon Altantuya!

H.Clinton: Aaaa!!! Altantuya?? Siapa tu?? Apasal ko menggelabah?

M.Monggol: Errkk!!!

SELEPAS JUMPA CLINTON , MALAYSIA IKRAR KEADILAN BAGI ANWAR – mkini

Menteri Luar, Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.


Kalau sebelum ni siapa yang terpekik - terlolong pegi maki hamun Amerika? siapa yang yang terlompat - lompat tuduh Anwar jadi Sahabat Amerika tapi sejak zaman Tun Razak lagi Malaysia jadikan Amerika tu sebagai akan Dagang No.1 di dunia.Bila satu dunia bagi tekanan bagi kes Anwar yang terus menerus di landa ketidakadilan barua - barua Mat Monggol terus buat Bodoh!!

Persoalannya nak buat bodoh sampai bila??

Akhirnya bukan sahaja 1 Malaysia malah 1 dunia pun akan tahu apa kelentong - kelentong geng MuNkEeE - MuNkEeE ni nak humban kan Anwar ke Sungai Buloh semula.Tapi bila Hilarry Clinton datang je semua naik kecut,bukan sahaja berjanji malah siap berikrar lagi.

Padan Muka!!!

Pasal apa PERKASAM tak DEMO?? pasal apa Pemuda UMNO dan Puteri tak keluar ramai - ramai pergi bantah tindakan Hilarry Clinton masuk campur dalam hal undang - undang Negara terutamanya sekali dalam perbicaraan Anwar.Jawapannya amat mudah sekali,bila Hilarry Clinton "sound" Mat Monggol, bukan sahaja anak badak malah puaka - puakanya pon turut kecut perut.

Masih Ingat lagi???

Masa Hilarry Clinton mula - mula datang malaysia,Mat Monggol terus bagi tau H.Clinton yang dia tak pernah kenal pon dengan Wanita Model bernama Altantuya.Siap bersumpah laknat lagi depan Hilarry Clinton bagi tau pasal Wanita bernama Altantuya tu,pada hal Hilarry Clinton tak tanya dan tak pernah tau pon pasal Altantuya!!! Daripada tak tahu H.Clinton boleh jadi Tahu!!!

Warghh!! kah..Kah...Kah...Tak pasal - pasal boleh Kantoi Depan Clinton! Kah..Kah

Tiada ulasan: