CATATAN ANUAR MOHD NOR – saya memerhati apa yang berlaku dalam pemilihan PKR. Amat menarik sekali. Mainan politiknya sama seperti mana-mana parti politik lain. Merebut jawatan semakin nampak jelas. Kehadiran Shamsul Iskandar Mat Akin, kembali mempertahankan jawatan Ketua AMK memberi isyarat bahawa politik itu tidak ketentuan.
Kehangatan ini ditambah lagi dengan percaturan demi percaturan untuk memenangi undi. Macam pilihan raya UMUM pula. Dalam isu Timbalan Presiden – Azmin Ali sedang mendahului dari segi pencalonan tetapi terlampau awal untuk meramalkan kemenangan. Rafizi yang mencabar tempat untuk menjadi orang No 1 dalam AMK kini menarik diri. Semua kumpulan mereka menarik diri dan dijangka akan memberi sokongan kepada Shamsul Iskandar. Semua dikatakan percaturan Azmin Ali. Azmin Ali akan mewarisi Parti Keadilan Rakyat dan ahlinya akan tertakluk kepada beliau, kata seorang reformis pada saya baru-baru ini. Azmin Ali hadir pada hari pencalonan dengan “banner” . Seolah-olah penamaan calon PRU. Mereka mampu. Saya telah dipanggil selepas pencalonan untuk menyaksikan “banner” yang terpapar menyokong Azmin Ali. Betul-betul hebat. Menurut mereka yang hadir, calon-calon berarak – Azmin Ali dan Shamsul Iskandar, penuh dengan penyokong mereka. Mengalahkan UMNO – PKR memeriahkan pencalonan dan agenda politik masing-masing. Bila di tanya kepada beberapa penyokong PKR mereka terkejut dengan keadaan itu. Memang demokrasi, boleh menyatakan sokongan dan boleh berarak tetapi semua itu menunjukkan bahawa sungguhpun mendapat pencalonan tinggi, Azmin tidak akan membiarkan seinci ruangan untuk pencabarnya terus mencabarnya. Terus Azmin Ali melobi untuk jawatan. Sekarang dikatakan Shamsul Iskandar adalah wakil dia dalam pemuda. Mesej yang nampak ialah Badrul Hisham sepatutnya dikalahkan. Ditanya lagi kepada salah seorang penyokong reformasi, ada satu jawapan yang paling nampak menarik. Katanya, biarkan PKR rasa apa yang mereka kutuk dulu, tidak lama lagi akan ada diktator, sama seperti tuduhan mereka terhadap Tun Mahahtir tapi nanti kita ada Azmin Ali. Sempat juga saya berjumpa salah seorang penyokong Badrul Hisham Shahrin. Saya bertanya, CheguBard kan boleh buat “banner” dan ada ramai penyokong untuk berarak menunjukkan kekuatan kepada Azmin Ali, kenapa tidak buat? Jawapan yang diberi adalah seperti berikut, Bard kata ini adalah pencalonan dalam parti, tak perlu tunjuk force, kalau berjuang menentang UMNO dan BN barulah kita all out. Chegu Bard, menurutnya lagi tidak mahu terpengaruh dengan cara politiking dalam PKR yang ada. Itu cara UMNO. Melihat senario ini saya amat percaya, percaturan Azmin Ali adalah untuk menolak Badrul Hisham yang tidak sehaluan dengan cara politik Azmin Ali. Azmin dikatakan mencaturkan kekalahan mereka yang tidak menyokong beliau tetapi arus menolak Azmin Ali semakin tinggi. Namun kekuatan asas termasuk kewangan dan kedudukan Azmin nampaknya akan menjadikan dirinya peneraju PKR dan seperti kata seorang pejuang reformasi – akan lahir satu lagi Dr Mahathir dalam PKR – Azmin Ali. |
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan