PETALING JAYA, 9 Nov — Datuk Zaid Ibrahim, yang semalam mengejutkan ramai dengan melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, hari ini mendesak Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan kepimpinan parti.
Pada sidang media di rumahnya pagi ini yang menjadi tumpuan wartawan, bekas menteri itu menyalahkan kedua-dua Azmin dan Anwar berhubung penyelewengan dan penipuan dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung.
“Saya ingin berkata, jika mahu PKR bergerak ke depan, Anwar dan Azmin mesti pergi (tinggalkan parti)... kerana mereka adalah punca (kepada kesemua) masalah," kata Zaid.
Kini, Anwar merupakan penasihat PKR manakala Azmin, salah seorang naib presiden, bertanding jawatan timbalan presiden
2 ulasan:
Takkan sampai macam tu. Belajar2 lah menghargai sumbangan dan pengorbanan orang lain. Kalau disusur kembali sejarah tertubuhnya PKR dari sekeping kertas pendaftaran sehingga mendapat sokongan berjuta rakyat.. janganlah rosakkan.
Kalau diri sendiri nak berundur, berundurlah. Jangan pula mencemoh orang lain. Bukan nak menyokong sesiapa tetapi kalau begilah kata2 yang keluar dari mulut zaid... ini tak baguslah.
Kalau sama2 duduk berunding tak boleh ke... masing2 ada aspirasi, ada ilmu, ada pengalaman dan ada matlamat dalam perjuangan. Takkan nak rosakkan semuanya disebabkan perkara yang boleh dirundingkan... mana letak keikhlasan dan akal-budi.
Demokrasi2 jugaklah tapi janganlah sampai mengenepikan sumbangan orang lain...
Kata melayu jugak... mana sifat hormat-menghormati... atau ada agenda lain.
tikam menikam dah jadi sifat melayu..bawak berbincanglah..
Catat Ulasan