Memori Seni Kg.Berembang
kini Kg. Bandar Dalam akan bangkit
Masih ingat lagi? Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu. Antara mereka
Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak – anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Berembang Ampang kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua – dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka.
Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 .isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan dilakonkan digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006.
kelihatan chang lih kang di tahan polis di kg. Berembang
Dan kini malapetaka yang di ciptakan dek gerombolan bakal tiba ke kampung bandar dalam.Kampung ini adalah sebuah kampung yang tertua sekali selain dari kampung baru kuala lumpur yang telah berusia lebih 150 tahun.Kampung ini juga bakal menjadi sebahagian dari kezaliman aparat - aparat UMNO dan Barisan Nasional yang rakus dan tak berperikemanusian.
Kini Kuala Lumpur di perintah oleh seorang raja yang tak bertakhta.Hak Milik orang melayu di kampung baru habis nak di kebasnya.Raja tak berdaulat ini seboleh - bolehnya nak meragut segala hak orang melayu di kampung baru dan kanmpung bandar dalam.kini anak muda bakal bangkit semula untuk membakar sentimen.
Bukan sentimen perkauman tapi sentimen untuk mempertahankan kampung warisan melayu ini dari terus di ranapkan oleh ketamakan UMNO dan Barisan Nasional yang sudah pasti akan menggadaikannya pada towkay - towkay dan para cukong.Lihatlah sendiri kezaliman yang mereka lakukan sendiri di kampung - kampung melayu seperti Chu badak,Berembang, Rimba jaya dan Kampung Melayu Ampang.
Ketuanan Melayu yang di laung hanya sekadar gula - gula yang beracun yang mereka berikan pada kita rakyat marhaein.kerajaan rakyat sudah di rampas kini tinggal tempat tinggal rakyat yang akan mereka usir dan robohkan.Kini apa yang perlu di tunggu oleh anak - anak muda.Dunia ini,kampung ini milik kita,bukan milik para gerombolan dan para cukong.Untuk apa kita serahkan pada keparat - keparat tersebut.
Raja tak berdaulat sekali lagi mahu membawa taring ke kampung bandar dalam ini.Jadi apa yang kita tunggu,ini lah masa yang sesuai untuk kita bangkit memberontak kepada aparat - aparat UMNO yang selama ini menjadi dalang alam semua pengusiran rang melayu di kuala lumpur ini.Polis,DBKL,Abang Long dan Abang chik pekida di jadikan gangster untuk memukul penduduk kampung dan menghalau mereka.
Kita adalah anak harimau yang di ajar oleh para gerombolan untuk makan daging dan kini mereka nak lihat anak muda melayu makan daging.Jangan cuba di sentuh kampung bandar dalam kalau tidak anak muda dari seluruh jagat raya akan bangkit memberontak.anak - anak muda pemberontak kini sedang menunggu masa bilakah UMNO dan aparat - aparatnya akan datang membawa jentolak dan bulldozerr.Anak - anak muda sedang menanti bilakah masa UMNO dan aparat - aparatnya akan tiba membawa FRU,DBKL dan polis untuk mengusir penduduk kampung.
Kerana di kala itu bukan sahaja seluruh anak muda kampung bandar dalam malah seluruh anak muda dari setiap pelusuk jagat raya akan meraikan pemberontakan.Bangkit memberontak itu adalah permainan anak muda.Ayuh seluruh anak muda ! ayuh bangun memberontak untuk pertahankan kampung kita, Kampung Melayu Bandar Dalam!
Kita akan bangkit Mempertahankan Kg.Bandar Dalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan