Khamis, 9 Disember 2010

Apakah kita sudah bersedia untuk ke Putrajaya Jika 52% sudah kecewa dengan PKR







Liputan negatif media ke atas krisis dalaman Keadilan yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya. university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02

Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan Keadilan

Berikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak Keadilan pada pilihan raya akan datang.

Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh Keadilan, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

university malaya survey on pkr 091210 anwar relevence

Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan Keadilan daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan Keadilan tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr


Kali ini adakah Anwar dan ahli - ahli pimpinan pusat akan pandang ringan terhadap bancian ini.Andai bancian ini datang dari kepala hotak mat monggol sendiri atau Khairy mahupun Wak Din Freddie Krueger boleh lah kita katakan yang "benda" ni adalah satu propaganda bodoh oleh geng gerombolan.Tapi bancian ini di lakukan sendiri oleh Universiti Malaya dan janganlah ianya di pandang sepi.


Ambil iktibar dari apa yang berlaku dalam pemilihan Keadilan 2010, jangan buat pekak dengan segala aduan dan laporan, jangan dibakul sampahkan segala aduan, jangan dilanda sindrom 'NAFI', jangan selalu kata kita akan siasat tapi tunggu siasatan bagai punggok rindukan bulan, jangan asyik kata kita akan siasat tetapi badan siasatan pun tidak ditubuhkan, jangan selalu dibuai mimpi indah ke Putrajaya.



Dalam MalaysianInsider Saifudin kata JPP akan siasat semua aduan termasuk aduan pemilihan cabang,persoalannya disini andai semua aduan berkenaan telah di siasat apakah tindakan yang akan di kenakan ke atas mereka? ambil contoh sekiranya Shamsul Iskandar menang dengan banyak undi kelentong kat libaran dan batu sapi, adakah kemenangan ke atas shamsul boleh di batalkan? sandrie bikin sandrie jawab!Ini semua telah menunjukkan yang PKR belum bersedia lagi untuk putrajaya,oleh itu betulkan dan pulihkan parti sendiri dari sindrom "gagal memberi keadilan" sebelum ke putrajaya untuk memberi keadilan untuk rakyat.


Jika keadilan tidak dapat diberi kepada ahli Keadilan, apakah mungkin keadilan dapat diberi kepada rakyat? jadi lupakan hasrat untuk ke putrajaya kalau kita sendiri belum sedia lagi untuk memberikan keadilan yang seadil - adilnya.


Tiada ulasan: