Isnin, 6 Disember 2010

KAT MANA HASAN ALI MENYOROK SEMASA DEMONTRASI PENSWASTAAN AIR SELANGOR



Pada pukul tiga setengah petang selepas demo semalam, beliau muncul di rumah MB Selangor. Beliau memberi alasan beliau tersangkut dalam traffic jam dan tidak dapat sampai ke tempat demo. Ini kerana Hasan Ali adalah exco infrastruktur dan kemudahan awam maka air juga termasuk dalam kemudahan awam yang patut di suarakan oleh Hasan Ali.


Untungnya kesemua exco kerajaan negeri sudah terpacak di Masjid Negara sejak jam 12 tengahari termasuk exco2 seperti Ronnie Liu dan Teresa Kok.





Sebelum ini, dalam dialog antara MB Selangor dan Nazir2 Masjid seluruh Selangor berkaitan isu air, Hasan Ali telah sampai ke tempat dialog lewat. Walaupun begitu, sebagai exco agama, MB Selangor telah meminta Dato Hasan Ali bercakap. Namun, Dato' Hasan Ali menolak dan menepis permintaan MB Selangor ini. Sehingga majlis selesai, Dato Hasan tidak berucap walau sepatah pun. Padahal majlis tersebut adalah majlis di bawah exco beliau dan ada permintaan dari MB sendiri.




Sudahkah kita lupa mengapa Khalid Samad digantung dahulu? Bukankah kerana beliau membangkitkan perkaitan antara Puncak Niaga (anak syarikat SYABAS) dengan Muktamar PAS Shah Alam?

Bukankah sebahagian pemimpin2 PAS telah ditempah bilik-bilik yang begitu mahal di Concorde Hotel, Shah Alam.? Mungkinkah bukan HAsan Ali seorang yang terhutang budi, lantas tidak nampak usaha yang jitu dari PAS Selangor mahupun PAS Pusat.

Ada kemungkinan juga senyapnya Pemuda PAS Pusat berkaitan protes air ini juga menimbulkan seribu persoalan. Mengapa tiada kenyataan keras dan tegas dari Pemuda PAS Pusat menyokong protes ini???

Malahan isu kenaikan harga barang dan isu air ni, saya hairan kenapa Pemuda PAS tidak ambil tindakan pro aktif menganjurkan protes dan demonstrasi bantahan seluruh Malaysia? Mengapa senyap sunyi.


Bukan SYABAS sahaja, pergilah tanya AJK - AJK PAS semua. Bagaimana Hasan Ali bersungguh-sungguh mempertahankan kroni-kroni(baca: korporat) UMNO ini. Sehingga sanggup memburukan sahabat2 dalam Pakatan Rakyat di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Namun, apabila diminta membuat laporan bertulis, dah lebih 3 bulan satu habuk laporan pun takdak.

Sedihnya hati bila memikirkan korporat - Korporat UMNO ini sudah mampu menguasai PAS dan memacu perjalanan PAS. Syukurlah majoriti ahli-ahli PAS masih mempunyai iman yang kukuh memastikan PAS tidak sesat dari jalan yang benar dan jalan yang lurus.

Aihh apalah nak jadi dengan PAS. Sudahlah "dikuasai" korporat - korporat UMNO, perjalanan PAS selama dua tahun kebelakangan ni pun MANDOM. Tidak bermaya. Tiada satu pun projek atau perancangan yang kita nampak berjalan dalam dua tahun yang lepas.Sehingga UMNO dapat bergerak bebas menyebarkan fitnah dan penipuan mereka.

Sayang. Pemilihan lepas kebanyakan pemimpin dipilih kerana mempertahankan "kepimpinan ulama". Rupanya, yang ahli2 PAS dapat adalah kepimpinan "kroni2 UMNO".

Kalau sehingga ada kepimpinan Syura PAS sendiri menjadi tukang lobby projek untuk AMONA, apa lagi kita hendak harap dengan kepimpinan ulama ini.

Ya Allah, selamatkanlah PAS ini dari ditunggangi korporat/kroni UMNO. Aminn!!!!



Kroni Umno taja muktamar PAS
oleh - Jimadie Shah Othman

kemaskini 6.25pm Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.

Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno.

Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis.

Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut..
Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.

Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar.

"Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya.

"Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah.

Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media.

Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.

Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya.

Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu.

Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini.

Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi.

Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini.

2 ulasan:

bunbinban berkata...

hemmm, logik gak tu. dah termakan budi kot. alasan tersangkut dlm trafik jem tu alasan opis boy bila bangun lambat pegi keje. ha ha ha, taraf opis boy je mamat sorang ni. susahlah rakyat selangor sok kalau dia ni jadi mb. asyik lewat je. ke nak kena ludah muka tu baru nak sedar diri.

Johan berkata...

Semarang isu kroni UMNO dan diganti dgn kroni DAP PKR DLL. Air juga diberi percuma kpd pengguna. Untuk adil pengguna kenalah bawa baldi atau bekas air pd hari hari tertentu...