INI AKU BIASA TENGOK!
TAPI BENDA NI BARU FIRST TIME
Rasanya gerombolan ada banyak bikin benda macam ni,tapi kalau belah geng kiri buat benda -benda macam ni dah sah ini juga di katakan cuba "menganjing" kan gerombolan.Mana la perginya kepala hotak diorang ni,kalau nak buat pun biralah atas nama ngo bukan parti.maka hal ini akan menjadi satu isu panas oleh gerombolan.Ini lah sikap geng - geng kita,tak pernah fikir kan sasuatu hal itu ke arah sesuatu yang boleh menafaatkan.
Tapi kadang - kadang kita terfikir apa ke jadahnya buat benda - benda mengarut ni? adakah ini makan malam tahunan? atau program ini sengaja di adakan untuk lawan "srikandi nite" punya nite jadi di pilih untuk mengadakan ladies nite.Untuk apa buat program yang tak berfaedah ni,bukan sahaja di jadikan isu oleh gerombolan malah ia akan di jadikan sebagai senjata oleh pihak gerombolan untuk menyerang kita habis - habisan.
SIAP TIKET MASUK CLUB LAGI!!
Takde benda lain ke yang boleh di lakukan selain dari bersuka ria.Kelekaan seperti inilah selalunya diambil peluang oleh gerombolan untuk menghentam PKR dalam pilihanraya dan ini pastinya jadi isu dalam pilihanraya seterusnya.Oleh itu rakyat dan masyarakat akan melihat ini sebagai satu kelemahan besar PKR dalam memerintah.sudah pastinya nanti di tuduhnya wanita keadilan tidak berahklak dan menganjurkan program yang tak bermoral.
Sepatutnya di kala ini wanita keadilan sudah buat persiapan yang jitu untuk menghadapi pilihanraya yang akan di umumkan oleh mat monggol pada bila - bila masa sahaja.Sepatutnya di kala ini segala persediaan untuk menghadapi pilihanraya sedang giat di jalankan. kalau begini lah sikap wanita maka kita sudah pasti selangor takkan dapat di pertahankan lagi oleh PKR dan Pakatan Rakyat.Bukan menghentam atau emosional tapi ini lah hakikatnya.
Dalam keadaan yang boleh di katakan kritikal kita boleh lagi menganjurkan program - program yang mengarut sebegini.Fikirkan apa faedahnya pada rakyat marhaein program - program sebegini.sedangkan namanya sahaja sudah dilihat begitu "bobrok" kerana ia sudah pastinya akan di kaitkan dengan aktiviti yang tak bermoral seperti "clubbing","berpoya - poya" dan minum minuman keras.
Jadi pada wanita keadilan Shah Alam jangan fikir saat selepas kemenangan pemilihan ini adalah saat untuk berbulan madu dan bersuka - ria kerana di saat anda semua leka ini lah Rosmah akan mengisytiharkan "pertempuran" yang sengit dan kita akan alami kekalahan yang cukup teruk bukan kerana kita tidak kuat tetapi kelekaan kita dengan segala kemewahan sementara yang kita kecapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan