Rabu, 12 Januari 2011

Khairy tiru cara Chegubard isu debat

Khairy meniru cara dan stail Chegubard dan AMK P.Pinang apabila beliau mahu menghantar surat jemputan debat antara beliau dengan Anwar di Pejabat Keadilan Tropicana hari ini.

Sebelum itu Anwar telah mencabar Najib untuk berdebat dengannya setelah Najib memperlekehkan agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat. Sebenarnya buku inilah yang membuatkan pimpinan umno "raplah jingga" kata orang P.Pinang.

mengimbau kembali tahun lalu (2010) ketika isu Melayu P.Pinang begitu hebat dimainkan dan diserang setiap hari oleh media arus perdana terutamanya tv3 suku dan utusan melalok.

Ketika itu Pemuda UMNO mahu mengajak Guan Eng berdebat isu Melayu P.Pinang.

Lantas Chegubard dan AMK P.Pinang pantas bertindak untuk mematah hujah dan isu Melayu P.Pinang dengan mengajak Pemuda UMNO, GPMS dan Dewan perniagaaan Melayu berdebat.

Mereka berpecah kepada dua kumpulan, Din Binjai, Rizal Hamid, Zulkarnain dan Zul mamak bergegas ke Kuala Lumpur bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyerbu bangunan UMNO di PWTC untuk menghantar surat jemputan kepada najib dan khairy untuk hadir pada debat tersebut.
Manakala di P.Pinang, pada hari yang sama, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menghantar surat kepada pemuda UMNO di bangunan UMNO jalan Macalister di P.Pinang. Pada petang tersebut juga Norman mengoyak surat jemputan debat tersebut.

Kemuncaknya pada 7 March 2010, tidak ada seorang pun yang berani hadir samada dari pemuda umno, gpms ataupun dewan perniagaan melayu P.Pinang.

Rakyat menyaksikan betapa takut dan baculnya pemuda umno kerana mereka tidak berani hadir. Kesan dan impaknya selepas peristiwa tersebut adalah isu Melayu terus senyap dan lenyap.

Inilah satu kejayaan AMK P.Pinang dan Chegubard yang bertindak pantas mengatur strategi untuk mematahkan hujah musuh.

Tetapi sayangnya Keadilan mempunyai Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang mempunyai kelulusan UK setaraf dengan Khairy dan Ketua AMK Shamsul Iskandar yang di bawah naungan Anwar kelihatan agak lesu dan tidak mampu untuk mematahkan hujah dan tindakan khairy tapi tak mengapalah itu pilihan Anwar...so its ok...Sivaji The Boss...

Kita mengikuti secara dekat apa tindakan Pengarah Strategi Keadilan Pusat Rafizi Ramli yang dilantik oleh Anwar samada dalam web atau twitter atau facebooknya.

Ternyata beliau gagal berbuat sesuatu yang memberi kesan dan impak besar kepada serangan khairy. Maafkan Rafizi, teguran untuk kebaikan, kelulusan tinggi belum menjamin boleh bertindak pantas dan mengatur strategi yang baik. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Manakala Ketua AMK Shamsul Iskandar pula baru semalam keluarkan kenyataan debat. AMK kena agresif dalam tindakan dan sepatutnya lebih tahu bagaimana mahu bermain dalam "game perang saraf" dalam dunia politik ini.

Kenyataan seperti itu tak cukup, kena agresif lagi dan tahu bagaimana untuk mematahkan tindakan dan hujah khairy. diharap Shamsul Iskandar berlapang dada terima teguran ini demi untuk kebaikan Parti Keadilan Rakyat.

Malaysiakini baru melaporkan pemuda umno serah surat jemputan debat di Pejabat Keadilan Tropicana hari ini tapi rasanya AMK Takkan mengoyakkannya.

1 ulasan:

CUCU PEJUANG berkata...

KHAIRY VS CHEGU BARD.....SETUJU ???