Baru sahaja mendapat maklumat twitter dari kak nashita dan black,yang baru pulang dari mengikuti perkembangan kak nora.Dalam pada itu khabarnya Kak Nora kini masih lagi menjalani Tahanan reman di penjara Kajang.
Hari ini a Nora telah dibawa ke mahkamah Jalan Duta untuk di bicara atas tuduhan "membela nasib rakyat" dalam perhimpunan Protes barang naik beberapa tahun yang lalu.
Tapi cukup hampa sedikit beberapa ketika kerana tiada langsung peguam yang akan membela Kak Nora,namun Chegu Bard telah pun memaklum dalam laman twitternya yang Kak Nora telah pun di wakili seorang peguam.
Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih.
Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat.
Kita tidak mahu wakil kita menang kerana kekuatan partinya dalam memanipulasikan keputusan dan propaganda yang berat sebelah. Kita tidak mahu wakil rakyat kita menang dengan mudah bukan kerana janji dan usaha yang telah dilaksanakan tetapi kerana kekuatan Barisan Nasional dan SPR bekerja sama untuk memenangkan individu tersebut.
Norazimah atau Nora tetap menyeru agar semua yang cintakan demokrasi dan negara ini untuk turut serta demi kepentingan rakyat kita. Menegakkan keadilan dan demokrasi kita adalah tanggungjawab kita dan reformasi yang dilancarkan dahulu adalah untuk rakyat menjadi keutamaan dan wakil-wakil yang dilantik adalah untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat kawasan mereka.
Nora, tegas dalam perjuangan reformasi dan bagi beliau perjuangan ini adalah satu kontribusi kecil untuk melihat nasib rakyat bawahan terbela. Ramai yang pernah menyertai demonstrasi mengakui kehebatan dan keberanian wanita ini dalam membabitkan diri untuk tuntutan reformasi dalam negara kita ini.
Nora, menyeru rakan-rakan yang kenal dengan dirinya , yang sama-sama dengan berani terlibat dalam reformasi sebelum ini untuk kembali dalam menuntut Pilihan Raya yang bersih. Ini adalah satu lagi kontribusi untuk perubahan Malaysia ke arah memartabatkan rakyat negara ini.
Ini bukan isu politik semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan kita rakyat biasa di negara Malaysia. Bila ditanya mengenai amaran polis, Nora dalam kenyataan berkata, polis boleh hadir untuk menjaga perhimpunan ini tetapi bukan untuk mengugut atas kepentingan organisasi politik tertentu.
Kak Nora yang LSS kenali adalah seorang reformis yang punya jiwa yang cukup kental dalam melawan regim gerombolan.Masih teringat lagi kisah - kisah kak nora sewaktu bermulanya gelombang reformis 1998.
Masih teringat lagi kisah - kisah dalam gelombang reformasi tersebut yang mana Kak Nora Pernah di bogelkan dalam tahanan polis bersama anak perempuannya,begitu lah punya cekalnya seorang Srikandi bernama Nora menghadapi Kezaliman regim gerombolan.
Sepatutnya Pejuang seperti kak Nora sudah mendapat tempat yang terbaik dalam PKR tapi sayang, pejuang seperti ini di ketepikan begitu sahaja.Namun walaupun begitu Kak Nora adalah Srikandi Idola yang menjadi pujaan bagi setiap revolusioner.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan