Khamis, 17 Februari 2011

Mahafiraun Kelentong Maut!

Saya memang mahu mansuh ISA tapi ditolak polis, kata Mahathir-Minsider

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

“Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam penangkapan dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Lebih dikenali sebagai Ops Lalang, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan penggantungan dua akhbar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain kedua-dua Lim, turut ditahan ialah Dr Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Datuk Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

Dalam perbahasan hari ini, Dr Mahathir berkata beliau hanya menentang penyalahgunaan ISA seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana menahan individu yang disyaki pengganas tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo.

kah kah kah…. INI SAH KELENTONG MAUT......kah kah kah
kah kah kah…. TIAP RANG UNDANG - UNDANG PERLU 2/3 UNDIAN...kah...kah...kah
kah kah kah…. PERGI MAMPOS LAH DENGAN POLIS....kah...kah...kah
kah kah kah…. ANJING BUKAN DUDUK DALAM DEWAN RAKYAT PON....kah...kah...kah
kah..kah...kah..KALAU PARLIMEN LULUSKAN NAK MENYALAK PUN TAK GUNA....kah..kah
kah kah kah…. INI SEMUA NAK TIPU MELAYU......kah...kah...kah
LSS:
kalau paria kutty dah mula nyanyok takde sape yang percaya!
sape yang jadi boss!! tak payang nak kelentong lah!!!

Tiada ulasan: