KOTA BAHARU, 17 Feb (Bernama) -- Polis Kelantan Khamis mengesahkan Said Mat Hassan mati akibat serangan jantung dan bukan kerana dikasari anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil bedah siasat Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) petang Rabu mengesahkan bahawa tidak ada unsur jenayah pada mayat Said, 56, dan mangsa didapati meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam keretanya.
"Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung," katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin oleh empat anggota UPP yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tumpat.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.
Salah faham yang tercetus kemudian menyebabkan beberapa individu termasuk anak saudara Said, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, datang ke hopsital itu dan menyerang anggota UPP berkenaan.
Ekoran serangan itu, Ahmad Nizamuddin terkena tembakan amaran seorang anggota UPP yang cuba mempertahankan diri.
Abdul Rahim berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan, selain mendapatkan keterangan individu tertentu berhubung serangan terhadap anggota UPP itu, namun, belum ada tangkapan dilakukan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPZ II Dr Wan Hazimah Wan Mohamad berkata pihaknya mendapati Ahmad Nizamuddin hanya terkena serpihan tembakan di bahagian dada kanan, dan dia kini berada dalam keadaaan stabil, malah mampu berjalan serta makan dengan baik.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati keadaan anggota badan beliau baik, termasuk di bahagian paru-paru yang tiada sebarang kesan kecederaan," katanya.
TAK HABIS - HABIS NAK KELENTONG! DAH BUAT KEZALIMAN PON NAK JUGAK KELENTONG LAGI! WOITTT!!!!!!! JANGAN SAMPAI KITORANG AMEK GENG DARI MESIR JADI PENASIHAT! KALAU TAK PADAH AKIBATNYA!
1 ulasan:
Budak tu tipu. Kejadian sebenarnya berkaitan dengan penyeludupan. Cukup2 lah sebar fitnah. Bila keluar yang sebenarnya, nanti malu sendiri dan rakyat akan pandang penyokong PR penyebar fitnah. Akhirnya kalah PRU nanti. Dulu sokong PR, tapi sbb dim PR sama macam dlm BN, lebih baik jgn sokong 2-2.
Catat Ulasan