Khamis, 17 Februari 2011

Sudah Mati Lagi mau Tipu Kaaa!!!!!!!!!!

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kerajaan negeri Selangor turut menarik diri daripada menyertai prosiding suruhanjaya yang diadakan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, sehari selepas keluarga mendiang berbuat demikian.

Suruhanjaya itu hari ini turut memutuskan untuk memanggil pakar patologi forensik Dr Pornthip Rojanasunand dan Dr Peter Vanezis sebagai saksi.

Pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong berkata, perkara itu diputuskan selepas panel itu meninjau lokasi kejadian di Plaza Masalam, Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berkata, kerajaan negeri itu memutuskan untuk menarik diri ekoran pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.

Semalam, keluarga Teoh yang gagal mendapat kebenaran suruhanjaya siasatan untuk menangguhkan prosiding bertindak menarik diri daripada terlibat dalam siasatan itu.

Peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga setiausaha politik itu turut gagal dalam permohonan mereka supaya Foong berundur sebagai pengerusi suruhanjaya.

Kenyataan menarik diri (daripada suruhanjaya) itu dibuat oleh Karpal sejurus selepas Foong menyatakan pendirian anggota untuk meneruskan prosiding tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan semakan kehakiman pihak keluarga Teoh mengenai keputusan suruhanjaya yang membenarkan tiga pegawai dari Pejabat Peguam Negara bertindak sebagai pegawai pengendali.

WOITTT!!!!!!! INI NAK KELENTONG APA LAGI? NAK KUNTAU - MUNTAU APA KE JADAHNYA BRO,TAK MATI KENA BUNUH DAN TAK DI BUNUH HABIS TU TAKKAN LAH PASAL TERCEKIK KAPUR BARUS.

KESIAN BENG HOCK,ROH DAH SAMPAI KE ALAM BARZAKH PUN NAK SIASAT LAGI SAMA ADA DAH MATI KE BELUM,INI BODOH TAHAP MACAM MANA?

PUNYA LA "REAL" DIA MATI DALAM SIASATAN SPRM PUN TAK PERASAN KE! BIJIK MATA MANA PERGI DAAA...................

TAKKAN LA NAK SIASAT SAMA ADA MALAIKAT MAUT ADA JUMPA BENG HOCK ATAU TIDAK!

DALAM MALAYSIA ADA MACAM - MACAM PUNYA BODOH YEK!

Tiada ulasan: