Ahad, 20 Februari 2011

Kebangkitan Revolusi Mula Merebak Kini Menuju Ke Asia


Kebangkitan masyarakat dunia menentang ketidakadilan dan kezaliman mengundang ke arah kebangkitan rakyat.

Baru hari ini kita sedar mengapa pemerintah mengharamkan sesuatu yang sudah pastinya mengubah dan membawa kearah jalan tranformasi.Jawapan nya cukup mudah iaitu mereka bimbang kehilangan kuasa dan kedudukan.

Apabila rakyat semakin marah maka apa sentimen yang perlu dibakar ialah Revolusi ke arah menumbangkan regim yang zalim.Buktinya sudah terlihat di hadapan mata,pilihanraya sudah tidak lagi memberi apa - apa makna.Mungkin rakan - rakan LSS seperti ADUKA TARUNA ,akan bertanya lagi berapa "percent" ia akan merintis ke arah kejayaan.

Tapi apa yang boleh kita buktikan adalah membawa kepada penceritaan sejarah,tetapi hari ini LSS yakin yang ADUKA TARUNA,takkan tanya lagi berapa "percent" kerana di hadapan matanya akan melunaskan berapa "percent" yang harus kita semua gembleng.

Di hadapan mata kita sendiri kita sudah saksikan,mungkin ada juga yang memberikan alasan bahawa kita sudah melalukan perubahan melalui pilihanraya.Tetapi dengan tegasnya saya kata "TIDAK SAMA SEKALI" ini kerana kita hanya menguasai tampuk kerajaan negeri sahaja bukan pusat.


Andai kata ada yang mendakwa perubahan sudah berjaya dengan menguasai 5 negeri ini adalah silap sama sekali kerana baru beberapa hari lepas kita saksikan bagaimana kerajaan gerombolan yang tak punya apa - apa Majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor tetapi masih punya kuasa mengawal negeri itu melalui proksi - proksi yang di ciptakan melalui pengubahsuaian perlembagaan negeri.

Jika kita lihat ini hanya lah perubahan yang tidak membawa apa - apa makna dengan erti yang lebih jelas segala institusi yang di kuasai oleh regim masih lagi di kongkong kebebasannya.Kita lihat hari ini apabila gerombolan United Malays National Organisation kini melakukan satu pencerobohan dalam mengekang kebebasan maklumat.

Jadi apa yang kita dapat katakan di sini adalah Pilihanraya tidak ada ertinya tak kira di tenang mahupun di merlimau.Lihat sahaja di Selangor,tampuk kerajaan Negeri sudah di miliki oleh Pakatan Rakyat tetapi kuasa perlantikan jawatan Khas seperti Setiausaha Kerajaan Negeri masih lagi di genggam oleh gerombolan.


Bermula di Tunisia gelombang Revolusi rakyat bermula apabila fenomena pengangguran dan kekurangan peluang kerja dan krisis kewangan bukan hanya dialami oleh Tunisia saja, namun juga menjadi fenomena luas di dunia, dimana negara maju juga terkena krisis kewangan tersebut. Namun, nampaknya himbauan Presiden tidak mendapat respons positif dari rakyat Tunisia.

Kebangkitan kuasa rakyat sedang melanda ke seluruh Jazirah Arab menentang regim-regim diktator, rasuah, zalim dan tidak demokratik yang menindas majoriti rakyat dengan polisi-polisi mengekang kebebasan bersuara, hak asasi dan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Kebangkitan ini dengan demonstrasi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.

Negara-negara umat Islam lain sedang memperketatkan kawalan keselamatan dengan menambahkan kehadiran pasukan keselamatan di lokasi-lokasi strategik bagi membendung kebangkitan. Negara-negara ini turut merasakan tempias bahang kebangkitan rakyat ini.

Regim-regim ini yang mengamalkan dasar keras dan kukubesi yang hampir sama berada dalam kebimbangan melihat kebangkitan di Tunisia dan di beberapa negara umat Islam.

Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat di Tunisia yang bermula sejak sebulan lalu kerana membantah polisi kerajaan yang tidak dapat mengadakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.

Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.

Kenaikan kos sara hidup dengan harga barangan keperluan asas yang tinggi tambah memarakkan suasana penentangan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan raya berdemonstrasi.

Perbuatan rasuah, kezaliman dengan tindakan mengekang kebebasan bersuara dengan mengawal ketat dan menguasai media, memenjarakan ahli-ahli politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan telah menimbulkan keresahan rakyat yang akhirnya keluar ke jalanraya berdemonstrasi menyebabkan regim diktator presiden Zine El-Abidine bin Ali atau lebih dikenali sebagai Ben Ali ditumbangkan. Ben Ali lari meninggalkan Tunis dan kini tinggal dalam buangan di Saudi Arabia.

Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.

Salah seorang tokoh pimpinan Pergerkan Islam Tunisia, Rachid Ghannuchi kini berada di London tinggal dalam buangan bagi mengelak dari ditangkap apabila Ben Ali mengharamkan beberapa buah parti politik pembangkang.

Apa yang mengambil tempat di Tunisia bagaikan satu ledakan bom jangka dan ia memungkinkan ledakan bom jangka akan berlaku di beberapa buah negara umat Islam lain di rantau Timur Tengah kerana setail pemerintahan regim-regim ini hampir sama dengan cara pemerintahan kuku besi di Tunisia.

Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.

Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.

Demonstrasi turut mengambil tempat di Jordan dan Kuwiat tetapi laporannya sengaja tidak diperbesar-besarkan. Apa yang berlaku di Tunisia membimbangkan negara-negara umat Islam lain termasuk Saudi Arabia, negara Ben Ali sedang mendapat perlindungan politik.

Perkembangan politik di Asia Barat berlangsung begitu cepat. Regim di Mesir dibawah Presiden Hosni Mubarak setakat ini dapat membendung situasi yang diilhami dari Tunisia walaupun sebelum kebangkitan rakyat di Tunisia, berlaku tunjuk perasaan kalangan aliran koptik kristian di Mesir yang memprotes kejadian pengeboman di gereja mereka menjelang perayaan hari Krismas. Demonstrasi di Algeria, Jordan dan Kuwiat juga setakat ini dapat dikawal.




Regim sementara telah dibentuk oleh Perdana Menteri (PM) Mohammad Ghannuchi yang memasukkan beberapa orang tokoh pemimpin pembangkang dalam kabinet tetapi meninggalkan tokoh pergerakan Islam terutama Rachid Ghannuchi.


Tanpa penyertaan pergerakan Islam dalam kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan perpaduan, tidak akan menyelesaikan konflik politik di Tunisia. Kebanyakan anggota kabinet kerajaan sementara ini masih lagi muka-muka lama yang ada kaitannya dengan Ben Ali. Mereka memegang portfolio penting Pertahanan, Dalam Negeri, kewangan dan Luar Negara.

Keanggotaan kabinet sementara ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang menumbangkan regim Ben Ali dan akibatnya kemungkinan demonstrasi jalanan akan diteruskan, walaupun keadaan dikatakan terkawal.

Perlembagaan Tunisia menghendaki pilihanraya diadakan dalam masa 60 hari selepas penubuhan kerajaan sementara. Pentadbiran Mohammad Ghannuchi yang merupakan rakan Ben Ali dijangka akan membuat beberapa pembaharuan politik yang akan membuka ruang parti-parti pembangkang mengambil bahagian dalam pilihanraya.

Di era pemerintahan Ben Ali ada parti politik pembangkang yang diharamkan dan ada pula yang dibenarkan. Tindakan Ben Ali ada kaitannya untuk membendung kebangkitan Islam di Tunisia dan Ben Ali merupakan sekutu AS dan barat yang akrab.

Kelangsungan kebangkitan rakyat di Tunisia telah menukar lanskap politik di Jazirah Arab. Ia memberi harapan kepada kebangkitan Islam di negara itu dan di negara umat Islam yang lain di rantau itu. Perkembangan di Tunisia sedang mendapat perhatian serius AS dan barat yang bimbang dengan kemunculan pergerakan Islam menjadi tenaga politik berkesan di negara itu.

Bersama dengan perkembangan di Tunisia dan negara-negara di rantau itu yang sedang menerima percikan bahang kebangkitan rakyat itu, berlaku dua perkembangan politik penting yang lain iaitu referendum pemisahan Selatan Sudan yang akan menjadikan Sudan terbahagi dua.

Utara Sudan bermojoriti penduduk Islam yang berpusat di Khartoum dan Selatan Sudan bermajoriti penganut kristian. Perkembangan terakhir di Sudan ialah penangkapan pemimpin pergerakan Islam Sudan, Hassan Turabi oleh regim Omar Al-Bashir di Khartoum.

Satu lagi perkembangan yang menegangkan suasana di Timur Tengah ialah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet kerajaan perpaduan (UG) yang disertai blok Hizbullah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.

Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.

Penerimaan tribunal adalah atas desakan dan tekanan AS dan barat yang ada kaitannya dengan tuntutan regim zionis untuk mengasingkan Hizbullah yang mempertahankan Lubnan dari serangan regim zionis dalam perang yang dilancarkan terhadap pergerakan Hizbullah dua tahun lalu.

Kini gelombang revolusi semakin merebak dan sedikit demi sedikit telahpun menghampiri Asia Timur.Semalam rakyat mesir yang selama ini dikongkong oleh pemerintah yang menjadi barua kepada Israel dan zionis kini bangkit dan bangun menentang.Berinspirasi dari kebangkitan rakyat Tunisia, rakyat di Mesir mula melakukan protes secara besar-besaran untuk menyingkirkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 3 dekad




Siapa sangka, laman Facebook dan Twitter telah menjadi tempat perbincangan rakyat Mesir terutamanya golongan muda untuk berganding bahu mengadakan protes secara besar-besaran terhadap corruption, kenaikan harga barang yang melampau, kos taraf hidup meningkat dan banyak lagi.

Semangat yang kuat dalam diri, menyebabkan mereka seperti sudah “immune” dengan gas pemedih mata, sudah tidak takut dengan water canon, dan seperti sudah bersedia untuk berhadapan dengan kematian. Rakyat sanggup melakukan apa untuk memperjuangkan hak mereka.

Siapa tidak kenal dengan pemerintahan kuku besi presiden Hosni Mubarak . Gerakan Ikhwanul Muslimin disekat. Penyokong dan pendukung Ikhwanul Muslimin ditangkap tanpa sebab yang logik. Demokrasi tercemar. Siapa lagi yang menyekat pintu masuk ke Gaza kalau bukan kerajaan Hosni Mubarak, sehinggakan bantuan tidak dapat disalurkan kepada rakyat Palestin?
Rakyat mesir tekad untuk bangun,semangat dan kuasa 25 Januari di jadikan sebagai satu semangat untuk memobilisasi gerakan rakyat untuk turun ke jalan raya.Mereka tekad untuk tidak tunduk lagi kepada barua Zionis Israel seperti Hosni Mubarak.
Bermula pada saat mereka (Rakyat Mesir) mula rasa tercabar apabila kerajaan barua Zionis Israel di mesir telah mmberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mencontohi demonstrasi jalanan pro-demokrasi di tunisia.Kerajaan Boneka Zionis ini mula mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang akan turun ke jalan raya.
Dan tepat 25 januari iaitu semalam,adalah hari yang mereka nama kan sebagai "hari kemarahan" dalam facebook dan laman twitter mereka telah turun beramai - ramai ke jalan raya.
Ratusan orang para demonstran mulai turun ke jalan di Kaherah, melaungkan slogan-slogan menentang polis, menteri dalam negeri dan kerajaan. Mereka berkumpul di luar bangunan mahkamah ibukota Mesir terbesar pada hari Selasa dan berbaris di seluruh kawasan bangunan premis di bandar itu.
Demonstrasi yang bermula melalui perbincangan dan kesepakatan melalui laman sosial seperti twitter dan facebook yang mana mereka menamakan sebagai " selepas 25 januari ini,kami takkan berdiam diri lagi" yang mana anak - anak muda mesir sudah mula muak dan kecewa dengan tindak tanduk kerajaan mesir dan mula terfikir bahawa tindakan rakyat tunisia harus di contohi.
Polis anti - rusuhan atau istilah yang lebih tepat kalau di malaysia mereka akan di panggil sebagai FRU bersama kereta perisai dan meriam air telah di kerahkan untuk mengekang para demonstran .Para demonstran menjadikan kampus Universiti Kaherah,Pusat Tahrir dan juga bangunan mahkamah sebagai lokasi perhimpunan dan menunjuk perasaan.
Tepat pada sambutan hari kebangsaan dan juga hari polis yang di sambut sebagai meraikan kehebatan mereka melindungi mubarak selama 30 tahun ini di lihat sebagai satu ujian apakah aktivis web dinamik dapat menterjemahkan gerakan mereka ke dalam tindakan demonstrasi jalanan.
Penganjur Demonstrasi dengan lantang melaungkan slogan " hari revolusi melawan penyeksaan, kemiskinan, rasuah dan pengangguran"

Sama seperti di malaysia,demonstrasi I.S.A menyoroti kezaliman yang telah di lakukan kepada Teoh Beng Hock yang telah mati dalam siasatan SPRM sama seperti di mesir kematian seorang lelaki yang di belasah sampai mati semasa di siasat dalam tahanan polis mesir di jadikan semangat untuk membakar sentimen para demonstran.

Seperti di malaysia,sama juga seperti di mesir,demonstrasi jalanan yang memprotes kerajaan kebiasaannya tidak akan di luluskan permohonan permitnya.namun pun begitu tekat rakyat mesir untuk terus turun ke jalan raya adalah satu gelombang atau kuasa yang sukar di sekat.
Revolusi kebangkitan rakyat kini seolah - olah menjadi satu kuasa atau cahaya yang sedang bergerak dari kota islam Tunis,menyeberangi sungai Nil dan kini sudah tiba ke Timur Tengah.Ianya semakin laju menuju ke Asia Timur,para revolusioner Asia sedang menanti saat - saat manis bilakah cahaya itu akan sampai ke asia tenggara.
Semangatnya,kuasanya kini semakin di rasakan,berjuta rakyat Asia tenggara yang kini menunggu masa yang sesuai untuk mengembleng Revolusi sama seperti di Tunisia,Mesir dan Yaman Barua - Barua Zionis Israel seperti gerombolan United Malays National Oraganisation telah siap sedia untuk di tumbangkan.

Tiada ulasan: