*slack takde handphone besar gabak - kalau ada memang cun - jadi iklan tok ngurut*
Kehadapan saudara ente Nasrudin Tantawi(nama ni betul ke dalam I/C?).
Pertama,nama dalam I/C saya adalah Muhammad Nomy.Saya hanya menggunakan nama Cob Nobbler ketika dalam blog,Nama Nami dalam Facebook,@comradenami dalam Twitter dan nami o fish ketika di Formspring.Jika saya ada terlibat dalam urusan rasmi saya akan menggunakan nama I/C saya.Jika dalam SPM,pemohonan universiti atau surat pemohonan kerja saya meletakkan nama manja saya untuk mengadjas awek seperti nama-nama di atas - saya wajar untuk ditempeleng.
Kalau betul nama dalam I/C anda Tantawi - tak kisahlah,tapi kalau tak - faham-faham aje lah.By the way tulisan ni dalam blog - so tak kisahlah kan kalau saya panggil ente Tantawi je kan?Are we cool here?
OK,umum sudah mengetahui apa political stand saya.Pembaca yang baca TTGB sejak September 2008 hingga kini sudah tahu apa moral stand saya.Saya enggan untuk dilabelkan apa-apa - anarchist,communist,socialist atau apa-apa ist kat belakang instead saya mengaku saya ini seorang sambaltumist,kerana saya peminat sambal tumis.So,sebelum baca apa-apa ini - entry lama saya mungkin nampak macam bau-bau Chin Peng tapi sekarang bau-bau sambal tumis nasi lemak mak ex girlfriend saya Sue di Puchong.Sedap sambal tumis dia.
OK - saya tak kisah apa pendirian anda tentang orang macam saya.Liberal,tak kenal halal-harooom,tak tau beza akhlak mulia dengan nafsu binatang,no - I just cut the crap.The reason why anak muda berzina,berhawa nafsu bersultan di mata beraja di hati it's because SEX IS NATURE.AND MARRIAGE IS LICENSE FROM THE STATE FOR NATURE.
Kita cakap perkara senanglah.Nature manusia ni ada banyak.Makan adalah nature manusia.Tidur adalah nature manusia.Berak juga adalah nature manusia.So,berentot-entot juga adalah nature manusia.Cuba imagine yer,kalau ente Tantawi nak tidur kena ada lesen dulu baru boleh tidur,saudara Tantawi marah tak?Kalau nak kentut kena ada lesen mengentut(bukan mengentot),saudara Tantawi marah tak?Basicly perkahwinan adalah pelesenan terhadap nature manusia yakni seks.Saya tak perlu tulisan Arab panjang-panjang untuk bercakap benda ni sebab saya tak baca tulisan Arab.Tapi saya tahu manusia mana sekalipun akan pasti punya keinginan untuk berentot.Sami yang duduk kat pergunungan Himalaya pun ada nafsu untuk berentot.
So - kenapa saya highlightkan point ini?Ini kerana saudara Tantawi sibuk nak tangkap anak muda berentot.Anak muda yang saudara ingin tangkap muka seorang rempit yang bekerja sebagai McDelivery yang gajinya RM850 sebulan,yang mengharapkan tips dari pembeli McDelivery.Hak ptuih penduduk Malaysia nak bagi tip.Sampai lambat komplen lepas tu bila cakap dengan charge penghantaran siap boleh komplen "eh apasal McValue ni kena tambah RM3.00"?.Celaka sungguh manusia macam ni.
Saudara Tantawi sibuk nak tangkap awek kilang cun-melecun yang nak bertemu dengan seorang mat punk yang bekerja di KK Mart gaji RM760 sebulan.Saudara Tantawi sibuk nak tangkap orang berendut dengan student yang terpaksa jadi tikus makmal menguji ubat dapat RM300 satu hari,pergi berdiri kat tepi jejantas kira berapa banyak kereta lalu - dari pukul 9 sampai 12 tgh malam semata-mata nak dapat RM200(masa aku kat USM aku pernah gak buat benda ni),ataupun jual MLM dengan mengklepet member sebilik yang lain.Mereka ini tidak ada kekuatan yang saya panggil - kekuatan ekonomi.Buat pengetahuan Tantawi - semua perkara dalam dunia ini bergerak kerana ekonomi.Kita semua sanggup lakukan apa sahaja demi ekonomi.Tidak banyak orang sanggup berjalan kaki dari Tanah Melayu ke Mekah semata-mata nak menunaikan haji atau berenang hingga ke Jerusalem untuk menyelamatkan al-Aqsa.Bukan tidak banyak - tidak ada.
Manusia bergerak kerana ekonomi.Ini hakikat dari zaman berzaman.Manusia bergerak dari benua yang bergerak,untuk mencari makanan.Ini ekonomi namanya.Jadi - orang yang saudara Tantawi tangkap ini tidak mempunyai kekuatan ekonomi.Tidak ada kekuatan ekonomi bermakna mereka tidak mampu untuk memiliki lesen berentot yakni berkahwin - sedangkan entot itu adalah tuntutan fitrah manusia.Ini telah dikatakan oleh Sigmund Freud seorang pengkaji psychology.
Cuba saudara Tantawi ni seorang pekerja KK Mart yang bekerja overtime setiap hari untuk dapatkan gaji RM900 untuk survive di Kuala Lumpur ni.Nak dating dengan awek cun pun tak dapat sebab everytime nak dating dengan awek kena kerja.Tak kerja takde soru.Bila ada masa cuti kena kacau,apa saudara Tantawi rasa?Saudara Tantawi best la dapat duduk office besar,jadi orang penting dalam parti walaupun belum jadi kerajaan lagi.Cuba jadi pekerja KK Mart sebulan dan hidup dalam kehidupan sebagai seorang manusia yang hidup di bawah garisan kemiskinan - tengok ada beran tak keluar statement saudara Tantawi selama ni?
Nak suruh kahwin?Cuba kira mas kahwin Wilayah sekarang berapa?Pergi tanya anak-anak dara sekarang wang hantaran dengan mas kahwin berapa sekarang?Pergi tanya katering berapa standard kenduri kendara sekarang.Sedangkan kehendak punai harus dilaksanakan.Zaman anak muda ialah dimana testosterone sedang berlambak dalam badan dan perlu dirembeskan.Tolong belajar sains jangan tidur dalam makmal sains bila belajar sains.Ini adalah lumrah tumbesaran manusia.Ini seperti menahan berak cirit dari terkeluar dan buat-buat kaver hensem atau ayu - kentut-kentut busuk dah terkeluar.
Apa?Masalah anak haram?Masalah buang anak?Masalah itu berlaku kerana wujudnya stigma terhadap masyarakat hasil pembudayaan selama beratus-ratus tahun.Kalau lahir anak luar nikah teruk dikalangan masyarakat lalu malu dan buang anak.Kamon la - nikah ke tak nikah ke - proses entotan dan proses pembesaran bayi dalam rahim tetap sama.Anak nikah atau luar nikah hanyalah ilusi dari daulah yang mengatakan mak bapak ni berentot tak berlesen dari mereka,tu je.Pergi mati la dengan daulah - ini hak peribadi.
Saya seorang manusia yang percaya bahawa manusia yang merdeka adalah manusia yang merdeka dari segala bentuk ancaman dari mana-mana manusia lain yang mahu menguasainya.Macam bila djaman kita belum merdeka - kita dijajah Portugis,Belanda,British dan Jepun.Kita kena dengar orang lain punya arahan.Bila tahun 1957 - ramai cakap kita dah merdeka tapi bagi saya tidak sebab kita masih kena dengar arahan dari pemerintah.Even kalau Pakatan Rakyat memerintah pun saya tak anggap diri saya ni bebas merdeka kerana saya kena dengar cakap Anwar Berahim dan Hadi Awang Serban.Merdeka dalam erti kata sebenar saya ialah saya tak perlu risau ada campur tangan orang lain dalam hal ehwal peribadi saya.
Saudara Tantawi,saudara Tantawi pasti pernah semuda Nyzm Kerplunk yang berusia 17 tahun dan baru habis SPM.Saudara Tantawi pasti pernah berusia 21 tahun dan keluar dari kepompong keluarga menyaksikan betapa indah dan besarnya dunia ini.Pasti pernah menaruh perasaan,pasti pernah jatuh hati,pasti pernah terpikat.Tak pernah sila terjun ke rel keretapi komuter biar mampos sebab no point cakap.Anyway,most of teenagers were like that.Dorang punya testosterone baru nak berkembang dan baru nak mengenal dunia.Some of them macam arwah girlfriend saya masih lagi percaya dengan True Love Waits so I respect with her decision.Ada yang tak.Kita tak boleh paksa semua orang untuk percaya apa yang mereka nak percaya.Saya sendiri tak pernah paksa pembaca saya untuk berpegang apa yang saya percaya.Saya percaya - ramai dikalangan pembaca TTGB ada yang tak bersetuju dengan saya tapi I don't care as long as they just believe with themselves.Dan bukan semua percaya dengan True Love Waits macam arwah Elly yang hanya mahu seks selepas berkahwin.Ini adalah lumrah manusia - ada yang boleh tahan ada yang tak.Macam vegan gak - ada yang larat ada yang tak larat.
Tapi ini hal peribadi.Kalau punai saya pun saudara Tantawi nak ambil tahu,payahlah.Ini punai saya,milik saya.Punai saudara Tantawi,saudara Tantawi jagalah sendiri.Kita masing-masing mempunyai punai,bukan?Panjang pendek itu cerita lain - boleh cari ubat tradisional macam gambir atau urut-urutan.Tapi jangan kerana kegagalan punai saudara semasa muda gagal mencari lokasi - saudara nak menggagalkan punai-punai lain pulak.Ini sabotaj namanya.
Macam saya - semasa saya di bangku sekolah saya seorang yang loser.Takde sorang awek pun nak saya.Tapi bila saya dah besar saya ada awek.First love saya pun umur 18 tahun.Saya terus berusaha dan saya tidak mahu menggagalkan orang lain hanya kerana saya pernah gagal dulu.Saya percaya bila berusaha lama-lama kita berjaya.Malangnya saudara Tantawi malas berusaha untuk dapatkan awek,mungkin kerana berat sangat serban atas kepala tu sampai ego nak mampus sampai takde awek melekat.Kalau buat rambut pacak-pacak macam Mike Shinoda mungkin saudara Tantawi dah ada girlfriend djaman muda dulu.
Jadi saya letih dah meleter panjang.Saya ada banyak point sebenarnya tapi saya percaya orang punya fokus cuma 500 patah perkataan je.Cukuplah sekadar dengan memberi pesan - TOLONG JAGA PUNAI SENDIRI JANGAN SIBUK NAK JAGA PUNAI ORANG
1 ulasan:
Tulisan macam seorang atis.
Catat Ulasan