Kedutaan Libya di Malaysia hari ini membidas secara terbuka cara kerajaannya, pimpinan Kol Muammar Gaddafi, mengatasi penunjuk perasaan termasuk tindakan mengebom semalam.
“Kami mengecam keras tindakan tidak bertamadun dan jenayah, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kerja-kerja menghapuskan orang awam yang tidak bersalah,” kata kedutaan dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan di sini hari ini.
Lebih 400 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat minggu lalu.
Penunjuk perasaan menghempas portret Muammar (gambar) dan menurunkan bendera negara itu untuk digantikan dengan bendera era prapemimpin itu.
Bagaimanapun tiada pertempuran dan tiada sesiapa yang ditahan dengan penunjuk perasaan meninggalkan kawasan kedutaan dengan aman.
“Kami sudah tidak boleh melahirkan kemarahan kami. Rakyat Libya sudah pun mengatakan ‘tidak’ dan mereka balas dengan pertumpahan darah,” kata Marwa Mastor, salah seorang petunjuk perasaan di Kuala Lumpur.
Osama Ahmed, konsul memberitahu Reuters bahawa duta akan kekal berada di sini untuk membantu sekitar 5,000 rakyat negara itu di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan