Sabtu, 19 Februari 2011

Penulis Lirik Lagu Isabella Sertai PAS


KOTA SARANG SEMUT - Pemuda Pas seluruh negara yang berhimpun pada Himpunan Pemuda Pas 30K dikejutkan dengan kehadiran pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman di atas pentas bersama pemimpin tertinggi Pemuda Pas.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK), Mohd Nasir Zakaria berkata, kehadiran Bob Lokman dirahsiakan untuk memberi kejutan kepada Pemuda bahawa golongan selebriti juga tertarik kepada parti itu, sekali gus membuktikan Pas menjadi pilihan individu dari pelbagai latar belakang.

“Saya percaya penyertaan Bob Lokman akan menjadi nadi penarik kepada golongan muda. Ini juga membuktikan Pas bukan parti yang negatif dan tindakan itu dapat memberi nafas baru kepada golongan muda Pas, selain menunjukkan Pas tidak pernah pandang serong pada golongan artis,” katanya.

Pada perhimpunan itu, Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, dan mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Tiada ulasan: