Sabtu, 19 Februari 2011

Pas, PKR dalam keadaan bahaya dalam menghadapi PRU-12

Pas, PKR dalam keadaan bahaya

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi sekiranya undi Melayu lari lima peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak kebelakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Menurutnya, melalui laporan sejak PRU lalu, kemenangan calon Pas berpunca daripada undi kaum bukan Melayu, sekali gus menggugat hasrat PR menawan Putrajaya.

"Itulah kenyataannya sekarang, kalau dahulu, undi Pas tinggi jika ada majoriti Melayu, tetapi hari ini bertentangan sama sekali.

"Bagaimana sebuah parti memperjuangkan Islam tidak berjaya mendapatkan sokongan Melayu Islam? Di mana silapnya?” katanya pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di sini, semalam.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas kerana pada PRU lalu, kebanyakan calon PR menang disebabkan banyak faktor, di samping trend Pilihan Raya Kecil (PRK) kebelakangan ini.:

"Mengikut perkiraan, jika undi Melayu lari lima peratus, kemungkinan PR akan kehilangan 34 kerusi Parlimen seluruh negara.

"DAP dijangka kekal kerana undi dari kawasan majoriti Cina membantu mereka,” katanya.

Selain itu, Chin Huat turut mempersoalkan sama ada trend itu dikatakan kegagalan atau kejayaan Pas dalam mendapatkan sokongan bukan Islam.

Konvensyen di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu daripada sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Tiada ulasan: