Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut.
"Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan.
Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak.
Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan.
"Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir.
Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya.
Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank.
"Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya.
Hosni Mubarak letak jawatan Presiden
KAHERAH - CAIRO (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini.
Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.
"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar.
Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.
Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.
Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut.
Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.
Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.
Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.
Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana.
Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.
Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.
"Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.
Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana.
Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan. - Agensi
jumaaat: 18.02.2011
tempat: sekitar masjid klcc
bila: jam 2.00 tengahari (Lepas Solat Jumaat)
...
semua beramai-ramai dijemput untuk MERAIKAN KEJAYAAN REVOLUSI !
Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi
Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.
tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.
Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan.Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.
Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.
Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan