PUTRAJAYA 8 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak kurang dari 12 hari seperti dilaksanakan semasa pilihan raya negeri 2006.
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, tempoh kempen terlalu lama dikhuatiri boleh mengundang amalan politik tidak sihat antaranya provokasi yang ditimbulkan oleh parti tertentu.
Beliau menarik perhatian bagaimana kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau selama lapan hari pun sudah cukup mencetuskan kebimbangan dan kekecohan menerusi kemunculan isu pergolakan politik dari Timur Tengah.
“Semasa kempen pilihan raya kecil Sibu, ramai penduduk tempatan melahirkan rasa terkejut dengan cara pendekatan yang dibawa oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung.
“Di Merlimau dan Kerdau begitu juga apabila sentimen kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya dikaitkan dengan suasana negara ini sehingga membangkitkan provokasi dalam kempen.
“SPR sedang mengkaji semua ini. Kita bimbang jika penduduk Sarawak yang dikenali sebagai orang yang sabar hilang kesabaran dengan provokasi ditekankan ke atas mereka, maka ia mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Pada 2006, DUN Sarawak dibubarkan pada 24 April, dengan penamaan calon ditetapkan pada 9 Mei dan pengundian pada 20 Mei.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kempen selama 12 hari pada pilihan raya berkenaan.
Namun tindakan agresif dan taktik provokatif pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu menimbulkan kebimbangan parti pembangkang akan menggunakan strategi sama pada pilihan raya negeri akan datang.
Lancau La!! 7 hari nak ternak babi pun tak sempat!
lagi...lagi nak kelentong,tak payah kelentong,tak payah nak bangangkan orang melayu,melanau,iban,dayak ni semua.Sudahlah gadis penan banyak kena rogol,dayak iban melayu semua nya nak kena kelentong.Kalau betul benda ni terjadi maknanya malaysia adalah satu - satunya negara dalam dunia yang tak pernah beri masa kepada kepada kempan pilihanraya.
Inikerana negara - negara yang yang menjalankan pilihanraya yang telus dan adil akan memberikan masa 5 hingga 6 bulan masa untuk berkempen kepada parti - parti politik.Tapi apasal kat malaysia ni bagi 7 hari jerrr?? tak payah nak kelentong itu emua nak "cover" daripada Orang Sarawak tahu berapa banyak balak dah kena rembat!
Tak payah nak kelentong itu semua di lakukan atas kerana nak "cover" biar pakatan tak cukup masa untuk londehkan aras segala yang "melanau" ni bikin.Berapa banyak dah hutan dah kena rembat? berapa banyak balak dah di gadaikan hanya kerana cipap lebanon sekeping.Kalau orang sarawak tahu ini semua takde can lagi la...Mahmud Taib nak "cover" semua Panau dan Kurap...kah...kah....kah..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan