Rabu, 30 Mac 2011

Drama kelentong - kelentong kantoi!


Video seks: Peguam Negara tolak dakwaan Rahim akan terlepas dakwaan-Minsider



KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks.


Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.


“Saya belum lagi melihat kertas siasatan,” kata Gani kepada The Malaysian Insider.


Polis telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut.


“Bagaimana anda boleh siarkan macam itu,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim kelmarin, yang berkisar isu pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” termasuk Abdul Rahim, bekas ketua menteri Melaka.


Menurut kenyataan “Datuk T” aksi seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketika diminta mengulas lanjut, Gani hanya mengulangi pendirian yang sama dengan menegaskan beliau belum melihat lagi kertas siasatan.


“Saya belum melihat apa-apa lagi. Ini respons saya,” kata Gani.


Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain berkata, beliau tidak melihat Abdul Rahim akan didakwa memandangkan keputusan itu akan membabitkan Peguam Negara.


Pandangan itu dibuat berdasarkan pada perkembangan tiadanya tindakan Peguam Negara ke atas Abdul Rahim berhubung kes rasuah pada 1999.


“Siasatan ini akan dikendalikan oleh Abdul Gani kemudian selaku Peguam Negara. DI peringkat itu dijangkakan akan ada manipulasi, penyelewengan dan pemalsuan,” kata beliau.


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tiga “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.


Katanya, mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.


Kelmarin, Nazri berkata Abdul Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.


Nazri turut menegaskan tidak wujud campur tangan dari pihak kerajaan dalam siasatan yang dijalankan terhadap kes itu seperti yang didakwa pihak tertentu.


Khamis lalu, Abdul Rahim telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.


Minggu lalu, Abdul Rahim mendedahkan bahawa beliau bersama Shazryl dan Shuib bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.


Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung video itu, yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.




VIDEO SEKS KUKUH KAN ANWAR – wall street journal Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini. Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya. “Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu. “Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini. Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009. Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat. “Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. “... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya. Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini. Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan. Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis. Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda. Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini. Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April. Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… SUDAH KANTOI LAGI MANTOI…. kah kah kah.. kah kah kah…APA JADI DENGAN JUBUR SAIFOOOL…. kah kah kah.. kah kah kah…APA JADI DENGAN DNA – DATUK NAJIB ALTANTUYA…. kah kah kah.. kah kah kah… APA JADI DENGAN PUNGKOK AZIZAN…. kah kah kah.. kah kah kah…APA JADI DENGAN PELACUR KOREA…. kah kah kah.. kah kah kah…APA JADI DENGAN PELACUR MEXICO….. kah kah kah.. kah kah kah…SEMUA KONSPIRASI…. kah kah kah.. kah kah kah… SEMUA TIPU….. kah kah kah… woit…. SEKARANG SEMUA SUDAH KANTOI MANTOI….. kah kah kah… nota: anak muda bersedia untuk menyambut BLACK 14 – anak muda melawan fitnah

Tiada ulasan: