Rabu, 30 Mac 2011

Pilihanraya Kelentong Kaw - Kaw !

Muhyiddin: BN sasar 30 kerusi tawan Selangor-Minsider

AMPANG, 29 Mac — Usaha menawan balik negeri Selangor bukan satu tugas mudah tetapi Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk menawan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam pilihan raya umum ke-13, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri berkata, BN telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang perikatan itu boleh kuasai.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan butiran lanjut.


BN kehilangan pentadbiran kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.


Tiga tahun lalu BN hanya menang 20 kerusi manakala Pakatan Rakyat, ikatan kerjasama DAP-PAS-PKR, menguasai 36 kerusi.


Muhyiddin (gambar) hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Selangor, dilihat sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13.


Mengikut atur cara yang dikeluarkan, beliau singgah di 13 kawasan antara menyertai Sambutan 100 tahun SK Sijangkang dan Sarapan 1Malaysia “Cakna Rakyat” di Sekolah Kebangsaan Sijangkang pada pukul 8.30 pagi, perjumpaan dengan guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Selangor di SMA Tg Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, solat Zohor dan ramah mesra dengan jemaah di Masjid Ubaidullah, Taman Tasek Tambahan, Ampang; minum petang dan berehat di rumah Hj Masahadi Hashim di No 1, Jalan 11 A, Kg Melayu Tambahan, Ampang; solat Maghrib di Surau Al-Ikhlasiah, Jalan 4, Kg Melayu Tambahan, Ampang dan hadir jamuan rakyat 1Malaysia di Padang Masjid Nurul Hidayah, Jalan H, Kampung Pandan.

Timbalan pengerusi BN itu berkata, perikatan tersebut hanya akan berjaya jika pemimpin-pemimpin bersedia turun padang untuk bertemu dengan orang ramai dan mendengar rintihan mereka.

“Jika kita melakukannya secara terus-menerus, saya yakin kita boleh melihat perubahan sikap (pengundi), peningkatan dalam sokongan,” kata beliau selepas memberikan ucapan di SMK Taman Tasek Tambahan di sini hari ini.


“Dan, jika ia berterusan sehingga pilihan raya, kita ada peluang, untuk tebus kekalahan (pada 2008),” katanya lagi.


Muhyiddin berkata tujuan lawatan hari ini ialah menilai sentimen pengundi di negeri paling kaya di Malaysia ini.


LSS: Apasal Wak din Freedie Kruguer tak bagi butiran lanjut? Tak payah Usha Wak Din ! 1 malaysia tahu !!! 1 Malaysia dah tahu apa rancangan kelentongnya! ini benda semua dah tahu, ini semua benda dah terbongeng! tak caya baca kat bawah ni!!!



AZMIN DAKWA UMNO, BN DAFTAR PENGUNDI HANTU TERMASUK KELUAR MYKAD - minsider

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa pihaknya telah mengesan usaha Umno-BN mengadakan “pengundi hantu” dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai bakal pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.


Selain itu, usaha tersebut termasuk membawa keluar pengundi-pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap sebagai penyokong Pakatan Rakyat. “Sistem yang dibina oleh Keadilan (PKR) telah mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak pengundi hantu yang menjadi penyokong setia Umno dan SPR.


“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau. Malah menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipantau kerana banyak sumber yang sahih melaporkan agensi kerajaan pusat itu mengeluarkan kad-kad pengenalan di luar waktu pejabat dan di lokasi yang mencurigakan untuk pendatang-pendatang asing demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno.


LSS: Ini kelentong awal - awal lagi sudah kantoi, semua sudah tahu tahu sejak tahun lepas lagi ini kelentong sudah kantoi,abis tu nak cakap apa? lagi lawak kat shah alam boleh ada alamat seorang pengundi berada di tingkat 6 dalam sesebuah rumah flat kat taman perumahan tu sedangkan semua rumah flat kat taman perumahan tu cuma sampai tingkat 5 aje!


Ini semua kelentong maut,30 tahun hosni mubarak kelentong undi,30tahun zainal abidin bin ali kelentong undi,30 tahun saddam hussien kelentong undi,30 tahun jugak gaddafi kelentong undi dan gerombolan united malays national organisation apa tah lagi???


Kalau masih ada lagi yang percaya pada pilihanraya,memang sampai kiamat lah Pakatan takkan menang dalam Pilihanraya,sampai kiamat lah Pakatan kena kelentong dalam pilihanraya.


LSS: Dalam Pemilihan Parti PKR lagi kan kena kelentong inikan pulak dalam pilihanraya! Ingat, Kalau Pilihanraya Boleh menghentikan ketidakadilan,Kalau Pilihanraya Boleh Menghentikan kezaliman dan Kalau Pilihanraya Boleh melakukan Reformasi!


Dah Lama Gerombolan Haramkan Pilihanraya! mungkin Azmin Ali pun akan haramkan Pemilihan kott!!!!

Tiada ulasan: