Khamis, 31 Mac 2011

Ini Maksudnya adalah untuk Kelentong Undi!


Wajarkah MAFREL dibenar pantau pilihan raya Sarawak?-Melalok



PAGI semalam, para pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat di Tingkat 5, ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya membincangkan persediaan lanjut menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.



Salah satu agenda mesyuarat yang bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir sekitar 1.30 petang itu ialah menilai, apakah Malaysian For Free Elections atau singkatannya MAFREL wajar diberi peluang kedua untuk memantau pilihan raya Bumi Kenyalang?


Pengalaman-pengalaman lepas menunjukkan MAFREL yang dibenarkan oleh SPR untuk meneliti perjalanan siri pilihan raya kecil dan umum bukan sahaja gagal menghantar laporan perjalanan pilihan raya kepada suruhanjaya itu, malah sewenang-wenangnya pula membuat kenyataan melulu kepada media.


Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu bukan sahaja tidak membina atau bertujuan memperbaiki proses demokrasi itu di Malaysia malahan dilihat lebih banyak memberi keburukan dan imej negatif kepada SPR.


MAFREL dikatakan dimulakan pada 1999 dengan tiga pekerja diketuai Malek Hussin. Anggotanya kerap hadir pada siri penamaan calon beberapa pilihan raya kecil. Malah dipercayai ramai anggotanya di kalangan parti pembangkang.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof ketika diajukan pertanyaan oleh Utusan Malaysia mengenai hasil mesyuarat semalam sekadar memberitahu, 'SPR sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai MAFREL sebelum membuat keputusan sedikit masa lagi'.


"Untuk menjadi pemantau pilihan raya, syaratnya ialah ia mestilah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan non-partisan (tidak berpihak kepada mana-mana parti politik).


"Maknanya, ia mestilah sebuah badan bertanggungjawab dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan," kata Abd. Aziz sambil mengesahkan SPR tidak mendapat permohonan daripada mana-mana pemerhati antarabangsa setakat ini untuk memantau pilihan raya Sarawak.


SPR menetapkan 18 syarat untuk MAFREL selaku sebuah badan bebas yang membuat pemantauan ke atas pilihan raya di negara ini bermula pilihan raya umum 2004.


Bagaimanapun, dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini khidmat badan bebas itu tidak digunakan bagi memantau pilihan raya kerana kegagalan mematuhi syarat ditetapkan.


Bercakap mengenai MAFREL, Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman ketika dihubungi semalam mengesahkan MAFREL tidak berdaftar dengan ROS.


"Dia bersama SPR, bukan dengan kita," kata beliau.


Soalnya, jika MAFREL bukan badan berdaftar, mengapa ia dibenarkan membuat pemantauan pilihan raya?


Mereka tidak layak untuk berbuat sedemikian. Selain itu anggota MAFREL dikatakan dianggotai ahli PKR. Tidakkan itu bias?


Dikhuatiri MAFREL hanya digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan kepentingan peribadi mereka.


Maka, eloklah SPR menghalang pertubuhan tidak berdaftar ini daripada membuat pemantauan pada pilihan raya Sarawak nanti.








LSS: Pertubuhan tak berdaftar,seperti biasa taktik untuk kelentong undi sedang di jalankan.Mana - mana pemantau Pilihanrayatak di benarkan masuk kerana sejumlah ramai "hantu" dan "jembalang" sedang di bawa masuk import dari semenanjung.


Undi pos lagi kaw - kaw,semua penjawat awam dapat dua mykad ini bermakna undi mereka akan jadi dua kali ganda.Polis dan Tentera tak payah cakap lah....sebab itu mengapa kita lihat ramai Polis dan Tentera di hantar ke Sabah dan Sarawak.


Tujuannya bukan untuk jaga keselamatan tetapi adalah untuk kelentong Undi Pakatan,tu pasal la...Kalau Pilihanraya Boleh Menghentikan ketidakadilan dan kalau pilihanraya boleh Melakukan Reformasi !


Dah Lama Gerombolan Haramkan Pilihanraya!! Jadi buat apa nak buang masa dalam Pilihanraya! ada baik turun ke jalanraya!

Tiada ulasan: