Rabu, 30 Mac 2011

Kerana Rasuah Perogol terlepas !

Dua anggota polis terima rasuah tutup kes rogol dipenjara-Minsider



KUALA LUMPUR, 30 Mac – Dua pegawai polis dihukum penjara tiga tahun dan denda RM25,000 kerana sabit kesalahan menerima rasuah RM5,000 daripada seorang awam sebagai dorongan untuk tidak membuat laporan polis kes rogol lapan tahun lalu.



Erawan Said, 29, dan Mat Rawi Rudin, 52, kedua-duanya berpangkat Lans Koperal didapati bersalah di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibacakan bersama Seksyen 107 Kanun Keseksaan. Kes didengar di Mahkamah Sesyen Jenayah 4 Johor Baru, depan Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz, kata kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 1 Januari 2004 di Restoran Makanan Laut dan Tomyam di Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru kira-kira pukul 6.05 petang.



Erawan yang diwakili peguam Lokman Yacob dan Mat Rawi diwakili Mohd Faridz Mohd Dahlan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut, dan mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman. Jumlah jaminan mahkamah juga telah ditambah daripada RM3,500 kepada RM10,000 setiap seorang. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorfazlin Hamdan.





KUALA LUMPUR, 30 Mac — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks.


Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.


“Saya belum lagi melihat kertas siasatan,” kata Gani kepada The Malaysian Insider.


Polis telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut.


“Bagaimana anda boleh siarkan macam itu,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim kelmarin, yang berkisar isu pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” termasuk Abdul Rahim, bekas ketua menteri Melaka.


Menurut kenyataan “Datuk T” aksi seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketika diminta mengulas lanjut, Gani hanya mengulangi pendirian yang sama dengan menegaskan beliau belum melihat lagi kertas siasatan.


“Saya belum melihat apa-apa lagi. Ini respons saya,” kata Gani.


Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain berkata, beliau tidak melihat Abdul Rahim akan didakwa memandangkan keputusan itu akan membabitkan Peguam Negara.


Pandangan itu dibuat berdasarkan pada perkembangan tiadanya tindakan Peguam Negara ke atas Abdul Rahim berhubung kes rasuah pada 1999.


“Siasatan ini akan dikendalikan oleh Abdul Gani kemudian selaku Peguam Negara. DI peringkat itu dijangkakan akan ada manipulasi, penyelewengan dan pemalsuan,” kata beliau.


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tiga “Datuk T” yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.


Katanya, mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.


Kelmarin, Nazri berkata Abdul Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.


Nazri turut menegaskan tidak wujud campur tangan dari pihak kerajaan dalam siasatan yang dijalankan terhadap kes itu seperti yang didakwa pihak tertentu.


Khamis lalu, Abdul Rahim telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.


Minggu lalu, Abdul Rahim mendedahkan bahawa beliau bersama Shazryl dan Shuib bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.


Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung video itu, yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu.




LSS: Itu hari Nazri kata keadilan di negara ini berwibawa, tetapi hari sesiapa pun rakyat 1 malaysia akan menyumpah dan mencarut pada nama nazri.Ini kah yang di katakan keadilan yang berwibawa?


Suatu masa dulu seorang perogol budak bawahumur telah di bebaskan bukan sahaja oleh polis malah peguam negara dan mahafiraun.Maka Tradisi menerima rasuah dan membebaskan pesalah telah di warisi satu demi satu dalam pentad biran gerombolan.


Hari ini hanya kerana rasuah beberapa ratus sahaja keadilan buat seorang gadis yang telah di ragut kehormatannya lebur begitu sahaja.Lihat dengan terang dan jelas apakah 1 malaysia akan berdiam diri.


Jangan berdiam diri,hari ini anak orang mungkin esok anak kita, jangan berpeluk tubuh kerana esok lusa ia pasti hinggap ke batang hidung kita sendiri.Segala apa yang berlaku tepat dengan apa yang di perkatakan oleh Bob Lokman.


Kini berlaku kesilapan besar dalam sistem kehidupan dan cara untuk menyelesaikan dan memperbetulkan nya ialah dengan turun ke jalanraya dan tumbangkan regim.Jika tidak nasib kita hari ini,esok dan masa hadapan sentiasa akan berdepan dengan ketakutan dan kebimbangan.


Turunlah ke jalanraya demi masa depan anak - anak kita hari esok!

Tiada ulasan: