ZIONIS ADA SATU ISREAL
TUDUHAN NAJIB TERHADAP QARDHAWI ADALAH KERJA JAHAT
PARTI KEADILAN RAKYAT amat terkejut dan dukacita dengan kenyatan Najib di Istanbul baru-baru ini yang membuat tuduhan melulu dan berbaur prejudis terhadap pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Yusuf Qardawi. Kenyataan beliau itu jelas menunjukkan bahawa beliau amat tidak senang dengan penglibatan aktif pertubuhan itu dalam proses pendemokrasian yang sedang berlaku di beberapa buah negara Timur Tengah sekarang ini. Ia juga menyerlahkan keyakinan beliau bahawa pertubuhan itu memang sekian lama telah mengamalkan keganasan dan tidak layak melibatkan diri dalam sistem pendemokrasian selagi tidak merubah sikap „ganas‟ mereka.
Malah, tanpa segan silu beliau melafazkan kerisauan tidak tentu fasal sambil membuat menuduh melulu kepada Presiden Ulama Islam Sedunia sekarang ini iatu Sheikh Yusuf Qardawi. Bagi Najib, Sheikh Yusuf Qardawi dan dan para ulama lain seperti beliau telah mengakibatkan sebegitu banyak bumi Arab yang telah terlepas ke tangan para ektremis Islam.
Sesungguhnya, PKR amat memandang serius kenyataan Najib di atas. Ini menyerlahkan sikap sebenar beliau mengenai agama Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang bersifat sederhana sepertinya. Pertubuhan seperti inilah yang telah banyak melahirkan para ulama dan pendakwah yang telah banyak menabur jasa memperkukuhkan masyarakat Islam dan membantu pembangunan umat di seluruh dunia.
DS Najib sebenarnya keliru mengenai hakikat Islam, sejarah perjuangan Ikhwanul Muslimin yang tepat dan siapakah sebenarnya Sheikh Yusuf Qardawi. PKR bimbang kekeliruan ini adalah hasil dari maklumat salah yang diterima dari kumpulan penasihat antarabangsa di Pejabat Perdana Menteri sekarang ini.
PKR ingin menegaskan bahawa agama Islam yang sebenar memang menolak keganasan. Sejarah membuktikan bahawa inilah yang telah menjadi prinsip perjuangan Ikhwanul Muslimin sejak bermula ia ditubuhkan. Kesemua pemimpin utama pertubuhan ini - Hassan al Banna, Hassan Hudhaibi, Omar Tilmisani, Mustafa Mashur, Mahdi Akib, dan sekarang ini Muhammad Bada‟I – jelas menolak keganasan.
Malah, prinsip ini tetap konsisten meskipun menerima pelbagai tekanan dan penindasan dari para pemerintah diktator dan zalim di negara mereka. PKR yakin, sikap inilah yang telah menjadi faktor utama kejayaan rakyat Mesir menjatuhkan rejim pemerintah diktator Husni Mubarrak tidak menggunakan keganasan.
Sesungguhnya, salah seorang tokoh utama yang mewarnai sikap kesederhaan Ikhwnul Muslimin adalah Sheikh Yusuf Qardawi sendiri. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya besar yang jelas menolak keganasan dan mengamalkan kesederhanaan. Antara karya utama beliau adalah “Islam: Antara Penentang dan Ekstremis‟ dan “Fiqhul Jihad” yang khusus menolak kegananasan dan menyanjung kedamaian. Lebih jauh, Yusuf Qardawi adalah salah seorang tokoh utama pendokong dialog peradaban dunia.
Seharusnya, kenyataan-kenyataan seperti di atas tidak keluar dari seorang Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini PKR menuntut supaya Najib perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan