Rabu, 9 Mac 2011

Perogol Musuh Negara

Hukuman tak setimpal kes rogol dipersoal-Berita Hairan


DEWAN Rakyat diberitahu keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara serentak terhadap pesalah rogol yang turut disabit kesalahan lain terhadap mangsa sama, dikhuatiri akan mencetuskan persepsi negatif masyarakat sehingga menyifatkannya sebagai ‘hukuman syampu: tiga dalam satu’.

Isu itu dibangkitkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) pada sesi soal jawab, semalam. Beliau berpendapat mesti ada kayu ukur jelas daripada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman bagi kes seumpama itu bagi mengelakkan timbul tanggapan seolah-olah ‘menggalakkan kes rogol’.


Katanya, beliau menerima aduan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang prihatin dan bimbang mengenai trend keputusan mahkamah untuk kes serangan seksual seperti rogol, sejak kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, pernah ada seorang datuk disabitkan kesalahan merogol cucunya dalam beberapa kejadian berasingan tetapi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang dijalankan serentak bagi semua kes itu,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Terdahulu, Mohamed Nazri ketika menjawab soalan asal Zulkifli, berkata seseorang hakim dalam menentukan hukuman dijalankan serentak atau berasingan, akan menggunakan budi bicaranya berlandaskan undang-undang sedia ada.
LSS: bagos..Mat Bisol Bagos!!!! tapi woittt.......Hukuman apa yang setimpal untuk perogol yang merogol budk perempuan bawah umur hingga melahirkan anak? Hukuman apa yang setimpal bagi perogol pembantu rumah pulak,tak lama lepas tu tak puas hati dengan blogger pulak.
Mat bisul sepatutnya membuka semula kes rogol budak perempuan bawahumur yang terjadi pada tahun 1998 hingga menyebabkan ahli parlimen kota melaka Lim Guan Eng di penjarakan di kemunting sebab kes rogol tu adalah kes rogol yang paling penting dalam sejarah kerana ia bukan sahaja melibatkan datuk yang merogol cucunya.
Tapi ini kes melibatkan seorang yang berpangkat datuk yang merogol seorang wanita yang berpangkat cucu kepadanya..kah...kah...kah...kah

Tiada ulasan: