Beng Hock mungkin tak tahan tekanan disiasat SPRM-Berita Hairan
Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkata beliau dapat menyelami perasaan itu kerana Beng Hock adalah orang awam.
Mohd Ashraf, saksi ke-20, berkata sepanjang berkhidmat selama lima tahun, beliau mengikuti beberapa kursus dan dilatih selama enam bulan sebagai penyiasat.
Bagaimanapun beliau hanya didedahkan cara menyiasat saksi dan suspek selama dua jam saja bagi tempoh latihan enam bulan itu dan tidak diberitahu kemungkinan saksi mahu membunuh diri.
Katanya, Beng Hock pada awalnya duduk dalam keadaan bersandar dan tenang, tetapi selepas ditunjukkan empat invois yang mempunyai tandatangannya, Beng Hock tidak lagi berkeadaan sedemikian sebaliknya duduk dalam keadaan tegak.
Beliau berkata, Beng Hock juga banyak berdecap (kerana kehairanan) ketika soal siasat itu tanpa memandang ke arahnya.
Ketika di pantri pula, katanya, Beng Hock tidak memandang wajahnya ketika diberikan air dan gelas.
Prosiding disambung hari ini.
SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?
Black Amin Iskandar
Saya baru menerima email dari seseorang yang tidak mahu dikenali. Email tersebut berbunyi,
Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi.
Pengirim turut meng”attach”kan laporan polis Halimi Bin Kamaruzzaman yang mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM untuk menjatuhkan pihak tertentu dalam Umno seperti dibawah:
LAPORAN POLIS
Hilmi bin Kamarazzaman
No: 99 Lorong IM 2/88
Taman Medan Mashyur
Indra Nahkota Kuantan Pahang
Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali".
Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"
Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:
1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan
Sejauh manakah kebenarannya?
SPRM perlu menjawab permasalahan ini. Jika tidak, imej SPRM akan tercalar dan kredibiliti badan tersebut akan hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan