Rabu, 9 Mac 2011

Syiah Di Tangkap,Israel Zionis Di Sembah !


Mana Punya Fatwa ni???


Malaysia larang sebar Syiah-Berita Hairan



KUALA LUMPUR: Pengikut ajaran Syiah di negara ini boleh mengamalkan fahaman itu tetapi tidak dibenar menyebarkannya kepada pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Katanya, pengamalan fahaman itu tidak disekat selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa rakyat bebas mengamalkan ajaran agama di negara ini.


Beliau berkata, larangan juga dilakukan secara berhati-hati kerana bukan semua ajaran Syiah bertentangan pegangan mazhab ahli sunnah.

“Bagaimanapun, pada masa sama, mereka (pengikut fahaman Syiah) tidak dibenar menyebarkan ajaran ini kepada orang lain,” katanya menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) di Dewan Rakyat, semalam.

Setakat ini, Jamil Khir berkata, enam negeri sudah mewartakan larangan terhadap penyebaran fahaman Syiah, iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, pengikut fahaman Syiah bukan hanya membabitkan ahli akademik, malah meliputi ahli politik termasuk difahamkan ada yang dari parti pembangkang.
Justeru, beliau berkata, kerajaan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang pertentangan atau pertembungan tanpa disedari.

Terdahulu menjawab soalan asal Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), Jamil Khir berkata dalam menjaga keharmonian dan sensitiviti beragama di kalangan rakyat majmuk di negara ini, kerajaan mengambil pendekatan berhemah melalui semangat Perlembagaan di mana pengikut agama Islam dan agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka.

“Namun bagi memastikan ajaran selain ahli sunnah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, kerajaan membuat pencegahan awal dengan membendung penyebarannya daripada terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

“Di samping itu, kerajaan negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal-ehwal agama sudah membuat usaha menjaga kesucian ahli sunnah supaya tidak tergugat,” katanya.

Beliau berkata, antara usaha dilakukan ialah menyebarluaskan fatwa mengenai larangan penyebaran fahaman Syiah kepada masyarakat, dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar peruntukan undang-undang, khususnya di negeri yang sudah mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.


LSS: Masalahnya di sini mengapa kita mesti menyembah zionis,kalau syiah masih lagi menyembah agama islam tapi kalau isreal zionis? halamak malas nak cakap lah lihat dengan mata kepala sendiri!

Kenapa tak serbu rumah dia ni? apasal takut?? nanti kena tengking dek ehud barak dengan benjamin netanyahu!!!

malaysia_mikvah

Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.

Dalam laman web milik Andrew Harris(seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.

Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia. Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.

Seperkara yang amat menarik perhatian ialah tentang pendedahan Braut bahawa Dr. Mahathir, ketika menjadi Perdana Menteri pernah membenarkan pelajar-pelajar dari Israel membuat lawatan dan berjumpa dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Ketika lawatan tersebut berlaku, Perdana Menteri Israel ialah Yitzak Rabin.

Sebenarnya, lawatan tersebut berlangsung pada 3 hingga 16 Mac 1997 yang disertai 16 belia Israel lelaki dan perempuan. Delegasi pelajar dari sekolah tinggi Israel itu mengadakan lawatan di dua buah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Delegasi itu juga mengadakan perjumpaan bersama Menteri Pendidikan dan beberap pegawai tinggi kerajaan.

Beberapa hari selepas itu, pasukan kriket Israel pula datang membuat perlawanan persahabatan dan ianya disambut dengan demonstrasi masyarakat awam yang menentang kedatangan pasukan tersebut. Malangnya, sebahagian pendemostrasi ditahan oleh pihak keselamatan (lihat The Straits Times edisi 5 dan 9 April 1997)

solatframe1

(Gambar) bahagian kilang milik Gary Braut juga terdapat bingkai ayat Al-Quran. Mungkin Braut juga tahu serba sedikit bahasa Arab dan memahami budaya umat Islam Malaysia.

mikvahgary1

(Gambar) Rumah Braut di Kuala Lumpur.

Kata Braut tentang keadaan kehidupannya di Malaysia perlu kita perhatikan, katanya;

“More comfortable than Brooklyn, that’s for sure.”

Ini rumah freemason kat kedah, tak nak serbu ker??

Ini kat Johor! Serbu la kalau berani!

siap pengiktirafan lagi!

Nak Tau!

di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO.

sudah lah gerombolan tak payah main wayang lagi,jangan jadi barua lama - lama nanti kena humban dek rakyat macam kat mesir tu!

Tiada ulasan: