Tak lama dulu selepas satu forum tentang Pilihanaraya LSS ada menemui salah seorang pemimpin PKR ini hanya sekadar bertanya kan tentang keadilan dalam pemilihan.Tetapi hasilnya maki hamun dan cercaan yang di terima.Bukan maksud LSS nak pertahankan chegu bard dalam hal ini.
Tetapi keadilan harus di tegakkan dalam segala aspek bukan di ketepikan begitu sahaja.Ada LSS terdengar dan terngiang - ngiang yang si Pemimpin ini mencerca yang kononnya chegu bard menggunakan media untuk memaki hamun Anwar Ibrahim.
Media mana yang chegubard guna?
katanya chegu bard menggunakan media seperti tweeter dan fb untuk menghentam Anwar dan LSS bertanya semula adakah chegubard guna media? "abis tu fb dan tweeter tu bukan media"
Setelah 10 tahun dan sedekad laungan reformasi sejak PRM tak terfikir nak sertai keadilan lagi sesiapa pun tak menyangka keadilan akan sampai ke sini.Anwar dahulu yang di perjuangkan untuk pembebasan kini di puja bagaikan dewa.
Sesiapapun tak di benarkan mengkritik atau memperkatakan walau sedikit tentang sosok tubuh yang bernama Anwar Ibrahim.Seolah - olah Anwar "maksum" dari segala - galanya,kalau tak boleh di kritik buat apa jadi pemimpin.
Memperkatakan semua ini berkenaan kenyataan pemimpin PAS yang mahu mengkaji tentang video seks Anwar sebelum menyatakan pendirian.Hal ini kalau di lihat ia sesuatu yang profesional kerana sebelum memutuskan sesuatu pendirian haruslah di kajidan dibincangkan bukan buat ikut sedap tekak.
Kita tahu dia adalah hulubalang yang terulung yang mana sebelum ini pernah menjadi seorang "pembawa wahyu" tapi jangan lah sampai hilang prinsip dan pendirian.Tapi apa yang tebongeng sekarang ialah LSS terus mencari di mana saki baki maki hamun tersebut.
Kerana disini siapa secara terang - terangan menggunakan media untuk menyerang sesama sendiri dalam Pakatan.Segala maki hamun dan cercaan itu mungkin kini di sembunyikan buat sementara kerana orang sebegini takkan mahu mengaku kesilapan sendiri.
Jangan terlalu bangga dan angkuh dengan segala apa yang ada,jangan cepat di serang dengan apa yang dilakukan oleh PAS kerana mereka hanya mengkaji.Jangan buat perangai panas baran kerana kalau nak ikutkan PAS dan DAP sepatutnya lebih "panas hati" dengan Anwar sebelum ini.
Kalau tak percaya telitilah apa maki - hamun Anwar terhadap pemimpin PAS dan DAP ketika dia menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.Kalau tak percaya semuanyamasih ada dalam youtube.
Namun pun begitu PAS dan DAP masih bersabar kerana demi matlamat untuk menumpaskan gerombolan segalanya itu di lupakan sahaja.Tetapi kalau nak di ikutkan hati mahu di tempeleng sahaja pak syeikh.
Biarapa pun segala mungkin akan di tentukan selepas 16 mei ini sama ada dia akan terus menjadi raja yang tak boleh di sentuh kerana menjadi anak emas anwar ibrahim atau akan kembali kepada tugaslama nya iaitu sebagai pembawa wahyu dari sungai buloh.
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan