Isnin, 18 April 2011

Dah Mati Pun Kena Kelentong Jugak!

SARBANI MATI AKIBAT KEMALANGAN – kosmolentong KUALA LUMPUR



KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.


Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.


“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.


Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.


Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.






LSS: Dah lama tak dengar suara - suara kuntau dari kosmolentong salah satu mangkuk ayun dari geng Utusan Melalok.Dah mati dah! dah arwah dah nak kelentong apa lagi! dahmemang betol la Sarbani dah arwah.Dah memang betol arwah jatuh dari bangunan tinggi bodoh!


Kalau nak cari bukti takkan la jatuh kat atas tilam "slumberland" baru la tak mati bangang! masalah dan pertikaiannya sekarang macam mana dia boleh jatuh sedangkan dia berada dalam siasatan Bodoh!


Adakah dia terjatuh pasal tengah teropong awek lalu kat tingkap? Adakah dia jatuh pasal makan nasik lemak kat tepi tingkap? atau dia jatuh pasal tengah main sergah - sergah dengan pegawai penyiasat SPRM!

Tiada ulasan: